DAMD kemaskini penawaran kit badan Little G Traditional untuk Jimny

oleh Mohamad Hanif|
Jika anda masih ingat, penghujung tahun yang lepas syarikat penala DAMD telah pun memperlihatkan variasi kit badan Little G untuk dipadankan pada Suzuki Jimny.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Salah satu daripada pakej yang ditawarkan, iaitu Little G Traditional telah diberikan nafas baharu dengan beberapa perubahan dibuat yang diinspirasikan daripada Gelandewagen.
 

little G


Antaranya ialah rekaan struktur jeriji mengikut warna badan, bampar yang turut direka semula, diikuti dengan set rim perak APIO yang dibaluti tayar Open Country 785.

Selain itu, antara komponen yang pernah ditawarkan sebelum ini termasuklah besi pelindung lampu utama dan lampu membelok pada hud enjin, lampu kabus ambar Koito, cermin sisi bersaiz lebih besar, mud flap, serta rak bumbung dengan kemasan kayu.
 

G


Untuk ruang kabin, DAMD memperkenalkan produk baharu "Arsenal Pillar" yang boleh digunakan untuk meletakkan peranti pintar atau kamera GOPRO pada tiang A, diikuti alas pelindung tempat duduk bertemakan retro.

Terdapat juga dulang kecil kayu khas yang turut menempatkan slot untuk meletakkan cawan/botol kecil pada papan pemuka.

Sedang mencari idea untuk menghias Suzuki Jimny anda? Jemput belek galeri gambar di bawah.

Sumber: Response JP

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, pendekatan retro klasik itu ditawarkan pula pada sebuah lagi model kei car Daihatsu, iaitu…
Berita Global
Bersempena dengan Tokyo Auto Salon 2024 yang bakal tiba kelak, DAMD memperkenalkan tema baharu yang…
Berita Global
Namun, perkara tersebut tidak pernah menjadi batu penghalang bagi penala terkemuka itu untuk terus…