Dapatkan set LEGO bertemakan Fast & Furious di Lazada 18 Mei ini

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan tayangan filem terbaharu francais Fast & Furious, Fast X pada bulan ini, LEGO Group bekerjasama dengan Lazada utnuk menganjurkan acara jualan LEGO LazMall Super Brand Day pada 18 Mei ini.

Antara yang bakal ditawarkan menerusi laman membeli belah dalam talian itu ialah kit unik LEGO bertemakan Fast & Furious seperti Nissan Skyline GT-R (R34) 2 Fast 2 Furious (RM119.90) dan Dodge Charger R/T 1970 Fast & Furious (RM119.90) di mana tiga pembeli bertuah akan berpeluang untuk memenangi dua keping tiket wayang Fast X.
 

legi


Terdapat juga LEGO Fast & Furious Starter Kit Bundle yang dijual pada harga RM189 (harga asal RM239.80) di mana pembeli akan mendapat dua kit kereta Speed Champion yang disebutkan tadi, serta kotak khas yang boleh bertukar menjadi alas mainan, diikuti barangan Fast X seperti t-shirt dan lanyard.
 

lego

Mereka yang mahukan set LEGO lebih realistik boleh mendapatkan set LEGO Technic Dodge Charger yang terdiri daripada 1,077 bongkah LEGO berharga RM599.90.
 

lego


LEGO Group juga melancarkan pertandingan sosial 'Dream It! Build It!' bermula sekarang sehingga 18 Mei ini yang menggalakkan ahli keluarga untuk membina kenderaan LEGO impian dengan menggunakan bongkah daripada mana-mana set LEGO.

Peserta dikehendaki untuk:
1. Mengambil gambar kenderaan idaman LEGO mereka
2. Berkongsi idea di sebalik rekaan tersebut
3. Menyertakan sekali tanda pagar #LEGOMY dan #LEGOMYDreamItBuildIt
4. Tag @lazada_my untuk menghantar penyertaan di Facebook atau Instagram

Tiga pemenang utama dengan binaan yang kreatif akan membawa pulang hadiah bernilai sekurang-kurangnya RM950, sementara 10 pemenang saguhati pula akan menerima hadiah bernilai sehingga RM450 yang disumbangkan oleh LEGO Group dan Universal Group.
 

fast


Selain daripada itu, terdapat juga aktiviti 'Make Dream Cars Real' yang akan dianjurkan pada petang hujung minggu di kedai-kedai LEGO Certified Stores dan Toys"R"Us terpilih serta LEGOLAND Malaysia Resort bermula 13 April hingga 28 Mei.

Peserta bukan sahaja berpeluang untuk menikmati pengalaman yang interaktif bersama set kenderaan LEGO, mereka juga boleh membina kereta LEGO yang mudah dengan menggunakan bongkah yang disediakan, sebelum dibenarkan untuk menebus sebuah beg poli LEGO secara percuma.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Seorang peminat tegar Lego, David Gustafsson kini merealisasikan meme tersebut dengan menghasilkan…
Gaya Hidup
Terdiri daripada 1,478 kepingan Lego, LEGO® Technic™ Yamaha MT-10 SP ini membawakan ukuran…
Berita Global
Ini merupakan model kedua dari siri Fast & Furious yang ditawarkan dalam set Speed Champions,…