Defender 3.9L V8 Kota Bharu - Lawa KAHN?

oleh HEZERI SAMSURI|
Antara modifikasi paling ganas yang boleh dilakukan kepada sebuah Land Rover Defender ialah dengan menggunakan styling dari Project Kahn.

Kahn ialah satu nama yang gah dalam dunia modifikasi dan sebenarnya Kahn juga melakukan kerja-kerja kustom dan menjual barangan "aftermarket" bukan hanya untuk Land Rover dan Range Rover, tetapi untuk Mercedes-Benz, Audi, Ferrari dan sebagainya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Paling menarik, Kahn yang pernah dinobat sebagai pakar modifikasi terbaik dari Britain ini diasaskan oleh Afzal Kahn yang berketurunan India.

Jurufoto Careta, Shah Adam singgah sebentar di Kota Bharu untuk melihat kenderaan-kenderaan di sana dan terserempak dengan sebuah Defender warna biru cerah milik Haji Hafiz.

 

 

Panggilan Haji sering digunakan untuk yang sudah berusia sedikit tetapi kali ini beliau sebenarnya ialah seorang pemuda yang baharu berusia 30 tahun.

Pemalu dan enggan diajak bergambar, nama sebenarnya ialah Izwan Ruzelan dan beliau sudah lama berkecimpung dalam bidang kustom kenderaan.

Sebelum Defender ini, kenderaan hobi untuk ahli perniagaan berasal dari Gua Musang ini ialah sebuah Mercedes-Benz CLA 250.

 

 

Land Rover Defender 90 ini dibeli oleh Izwan dalam tahun 2016. Untuk yang tidak arif, 90 bermaksud Defender ini datang dengan jarak roda pendek 93-inci. Ia juga datang dengan kerangka berjarak roda 110-inci, dan ia dipanggil Defender 110.

Izwan menghabiskan lebih dari RM155,000 untuk Project Kahn beliau. Bodykit lengkap dari syarikat Britain itu digunakan, termasuk roda aloi 20-inci, juga dari Kahn. Tayar jenama Cooper membalut setiap roda tersebut.

 

 

Enjin 3.9L V8 yang popular dalam modifikasi Defender Kahn turut digunakan bagi melengkapkan pakej idaman Izwan.

Tidak banyak yang dapat dikorek dari pemuda berjaya ini tetapi apa yang pasti, Defender miliknya memang antara paling mantap di tanah air.

Kami biarkan gambar-gambar dari Shah Adam untuk berbicara.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
LROM ialah kelab Land Rover berdaftar yang pertama di Malaysia dan ahlinya terdiri dari "otai-otai…
Berita Global
  Walaupun terbuka, Okavango mempunyai bumbung atas boleh alih yang melindungi kabin dengan…
Berita Global
  Land Rover Series IIA dikeluarkan dari 1961 hingga 1971 dan satu daripada 'Len Roba' yang…