Khusus untuk peminat powil - Jambori Land Rover Owners Malaysia kembali!

oleh HEZERI SAMSURI|
Acara perjumpaan Kelab Pemilik Land Rover Malaysia (LROM) adalah antara acara 4X4 yang dinantikan ramai.

Kali ini, jambori untuk tahun 2023 akan diadakan di Petai Jungle Lodge di Karak, Pahang dari 11 hingga 13 November 2023, bersempena dengan ulangtahun LROM yang ke 26.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

LROM ialah kelab Land Rover berdaftar yang pertama di Malaysia dan ahlinya terdiri dari "otai-otai" serta lagenda-lagenda 4X4. Ada antara mereka juga ialah bekas peserta Camel Trophy, pertandingan 4X4 yang paling mencabar di dunia.

Menurut presiden dan juga pengerusi acara, Rate de Silva, jambori kali ini menjanjikan aktiviti perkhemahan yang membabitkan ahli keluarga peserta.

 

 

"Kami menjangkakan lebih kurang 100 buah kenderaan 4X4 akan berada di jambori tahun ini.

Rakan-rakan LROM dari Singapura, Thailand, Indonesia, Laos, Kemboja, Filipina dan Sabah serta Sarawak juga akan hadir, disamping rakan-rakan dari kelab 4X4 yang lain," terang Rate.

Sebanyak tiga laluan 4X4 disediakan dan ia adalah laluan mudah yang tidak memerlukan "winching". Laluan tersebut ialah Balancing Act, River View Course dan Meranti Point.

Untuk mereka yang mahu datang dengan kenderaan bukan 4X4, perkhidmatan shuttle "London Bus" juga disediakan.

 

 

Bayaran untuk jambori 3 hari 2 malam itu ialah RM450 bagi dua orang dan setiap peserta tambahan dikenakan bayaran RM150. Pas harian pula ialah RM150.

Selain dari menjamu mata dengan Land Rover - Land Rover yang dijaga rapi, peserta juga dapat berpeluang mencuri ilmu 4X4 dari pakar-pakar yang memang akan hadir dalam acara tersebut. 

Untuk yang berminat, lawati pautan ini untuk pendaftaran.

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfKk-VzUQ8MC0Dc51v1gWGJVYtiR10ijY85eYIF4sstCRp8Jw/viewform?pli=1

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Land Rover Defender seperti kenderaan wajib buat individu terkenal. Terbaru, pemandu Formula 1…
Berita Global
  Walaupun terbuka, Okavango mempunyai bumbung atas boleh alih yang melindungi kabin dengan…
Berita Global
  Land Rover Series IIA dikeluarkan dari 1961 hingga 1971 dan satu daripada 'Len Roba' yang…