Dinamikjaya Motors umum kempen “Australia Open 2024 with Kia”

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pengedar rasmi jenama Kia di Malaysia, Dinamikjaya Motors Sdn Bhd telah mengumumkan kempen “Australia Open 2024 with Kia” di seluruh negara bermula 1 hingga 30 November ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lima pemilik Kia baharu yang bertuah kini berpeluang untuk memenangi sepasang tiket bagi menyaksikan acara pertandingan Australia Open 2024, bertempat di Kia Arena, Melbourne, Australia yang akan berlangsung pada Januari 2024.

Pelanggan atau peserta yang membeli mana-mana model Kia baharu seperti Karnival, Sorento, EV6 dan Niro sepanjang tempoh kempen itu layak untuk menyertai peraduan tersebut.

Peserta juga hanya perlu mendaftarkan Kia baharu mereka di mana-mana cawangan Kia yang sah sepanjang tempoh kempen dan melengkapkan borang penyertaan secara atas talian.

 

2

 

Selaku rakan kongsi utama Australia Open, Kia telah memainkan peranan penting sejak tahun 2022 dalam menyokong pemain di dalam dan di luar gelanggang sambil menggalakkan pertumbuhan tenis di seluruh dunia.

Kia juga telah terlibat dengan dunia tenis selama lebih 20 tahun, dan memiliki hubungan rapat yang telah lama terjalin bersama Australia Open dan pemain tenis terhandal, Rafael Nadal yang juga merupakan duta global Kia.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen tersebut, sila layari laman web Kia Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk kemaskini terbaharu, Kia Carnival 2024 CKD kini boleh didapati dalam tiga varian utama, iaitu…
Pelancaran
Kia Niro EV generasi kedua ini membawakan rekaan luaran yang diinspirasikan daripada bahasa rekaan…
Pelancaran
Generasi keempat Kia Sorento telah membuat kemunculan secara global pada tahun 2020 dan kini, SUV…