Kia Niro EV 2023 rasmi - varian tunggal, 201 hp, 255 Nm, jarak gerak 460 km, RM255,880

oleh Mohamad Hanif|
Dinamikjaya Motors Sdn Bhd membawakan model kenderaan elektrik kedua untuk pasaran Malaysia selepas Kia EV6, iaitu SUV Kia Niro EV serba baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kia Niro EV generasi kedua ini membawakan rekaan luaran yang diinspirasikan daripada bahasa rekaan Kia "Opposites United" yang banyak mengambil inspirasi daripada alam sekitar, selain rujukan daripada model konsep HabaNiro 2019.
 

Niro


Identiti hidung harimau masih lagi dikekalkan, diikuti dengan unit lampu utama LED berserta lampu nyalaan siang LED berbentuk isyarat degupan jantung.

Imej ranggi Kia Niro EV diserikan dengan kehadiran skid plate, kemasan cladding plastik, serta bahagian tiang C yang telah direka untuk memastikan aliran udara yang lebih lancar.

Satu ciri unik terdapat pada Kia Niro EV ialah Active Air Flap yang terletak pada dalam jeriji, dan mampu menyumbang kepada angka pekali seretan (drag coefficient) serendah 0.29.
 

Kia


Ruang kabin pula dihiasi dengan kemasan bahan-bahan yang mesra alam seperti headliner daripada bahan kertas dinding yang dikitar semula, upholsteri tempat duduk diperbuat daripada Bio PU dan fabrik Tencel daripada daun eucalyptus, serta cat bebas BTX pada panel pintu.

Terdapat dua skrin bersaiz 10.25 inci dalam satu panel tunggal, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, pengecasan peranti tanpa wayar, serta sistem pencahayaan ambien 64 warna.

Di bawah skrin tengah pula terdapat panel kawalan yang mengintegrasikan fungsi larasan suhu dan infohibur, sementara di bahagian konsol tengah pula menempatkan dial penukaran gear PRND jenis rotari.
 

Niro


Dari segi dimensi, Kia Niro membawakan ukuran sepanjang 4,420 mm, lebar 1,825 mm, tinggi 1,570 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,720 mm, di mana ia mampu menawarkan ruang kargo sebesar 475 liter atau sehingga 1,392 liter apabila tempat duduk baris kedua dilipat.

Terdapat juga ruang storan tambahan di bahagian frunk sebesar 20 liter untuk penyimpanan kabel pengecasan dan penyesuai Vehicle-to-Load (V2L).

Hanya satu varian tunggal sahaja ditawarkan pada masa ini, dengan konfigurasi motor elektrik berkuasa 201 hp dan 255 Nm, dipadankan dengan pek bateri lithium-ion sebesar 64.8 kWh.
 

EV


Ia mampu memecut 0-100 km/j sepantas 7.8 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 167 km/j.

Kia Niro EV mampu bergerak sejauh 460 km untuk sekali cas penuh, sementara pengecasan pantas DC dari 10-80 peratus hanya memakan masa 43 minit sahaja.

Ciri lain termasuklah sistem brek Smart Regeneration untuk tujuan pemulihan tenaga, tetapan suspensi dan stereng untuk pemanduan yang lebih responsif, serta fungsi Vehicle-to-load (V2L) yang mampu menyalurkan kuasa sehingga 3.6 kWh.
 

EV


Sebagai sebuah kereta moden, Kia Niro EV turut didatangkan dengan ciri keselamatan seperti:
• 8 beg udara SRS
• sistem Safe Exit Assist (SEA)
• Bantuan Mula Mendaki (HAC)
• Sistem Kawalan Cengkaman (TCS)
• Amaran Penumpang Belakang (ROA)
• cagak ISOFIX

Ciri bantuan pemandu termaju (ADAS) pula merangkumi ciri seperti Bantuan Suluhan Tinggi (HBA), Bantuan Pengelakan Pelanggaran Titik Buta (BCA) dan Pengelakan Pelanggaran Lintasan Trafik Belakang (RCCA), Bantuan Pengekalan Lorong (LKA), Amaran Tumpuan Pemandu (DAW), Bantuan Pengelakan Pelanggaran Hadapan (FCA) dengan fungsi belok persimpangan, Bantuan Mengikut Lorong (LFA) dan Kawalan Jelajah Pintar (SCC).

Ditawarkan sebagai unit import sepenuhnya (CBU) dari Korea Selatan, Kia Niro EV boleh didapati dalam tiga warna iaitu Snow White Pearl, Mineral Blue dan Cityscape Green.
 

Niro


Harga jualan Kia Niro EV 2023 bermula dari RM255,888, didatangkan dengan jaminan pengeluar 5 tahun (Atau 150,000 km) yang mana tiba dahulu, selain jaminan pek bateri voltan tinggi selama 8 tahun atau perbatuan 160,000 km yang mana tiba dahulu.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk kemaskini terbaharu, Kia Carnival 2024 CKD kini boleh didapati dalam tiga varian utama, iaitu…
Berita Domestik
Lima pemilik Kia baharu yang bertuah kini berpeluang untuk memenangi sepasang tiket bagi…
Pelancaran
Generasi keempat Kia Sorento telah membuat kemunculan secara global pada tahun 2020 dan kini, SUV…