"Apabila sampai di tempat kejadian, penunggang motosikal itu dipercayai hendak masuk simpang di kanan dan semasa membelok, sebuah Nissan Frontier dipandu lelaki warga Indonesia yang tinggal di Kampung Paya Keladan bersama dua penumpang Bangladesh melanggar mangsa.
"Nissan Frontier itu melanggar penunggang motosikal terbabit di sisi sebelah kiri dan mangsa bersama motosikal diseret sejauh tiga kilometer sebelum jatuh," katanya.
Beliau berkata, mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh.
Katanya, kes mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalanraya (APJ) 1987.
Terdahulu rakaman video menunjukkan Nissan Frontier itu bergerak laju dengan motosikal mangsa 'terlekat' di depan kenderaan tular di media sosial.