Diskaun untuk penduduk Pulau Pinang yang gunakan RFID - bermula hari ini!

oleh HEZERI SAMSURI|
Pengguna dari Pulau Pinang yang mendaftar dengan perkhidmatan Touch 'n Go RFID akan menerima diskaun 20 peratus bila menggunakan jambatan Pulau Pinang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Diskaun itu akan bermula hari ini dan khusus untuk kenderaan persendirian bagi penduduk negeri itu, atau mereka yang bekerja atau belajar di Pulau Pinang.

Menurut Pengarah Urusan PLUS Malaysia, Datuk Azman Ismail, sistem RFID menggunakan pelekat pengenalan frekuensi radio tanpa bateri pada kenderaan dan disambung ke TnG eWallet.

Ini membolehkan pengguna tidak perlu lagi menghentikan kenderaan di plaza tol dan mereka boleh menambah baki secara online.

"Penggunaan RFID juga mampu mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 kepada pengguna lebuhraya dan juga kakitangan PLUS," ujar Azman.

Mereka yang menggunakan kad TnG pula memang sudah menerima diskaun itu sebelum ini.

Pengguna Pulau Pinang yang mahu menggunakan sistem RFID perlu ke laman web https://jimatdipenang.plusmiles.com.my untuk membuat pendaftaran.

Pelekat RFID boleh didapati di pusat-pusat pemasangan di sekitar Pulau Pinang dengan harga RM35, jauh lebih murah dari Smart Tag.

Pengguna lain yang berminat untuk memasang RFID boleh ke laman web ini pula  https://mx.touchngo.com.my/ 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…