DIY: Bina sendiri Hyundai Soapbox di rumah!

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada teknologi Smartstream yang kini menjadi identiti Hyundai, pengeluar automotif dari Korea Selatan itu turut menghasilkan sebuah produk terbaharu yang memerlukan anda untuk memasang sendiri di rumah dengan menggunakan bahan yang mudah dicari di kedai DIY.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hyundai Soapbox (kenapa kotak sabun?), model kereta DIY ini dihasilkan oleh para jurutera dan pereka dari Hyundai Motor Europe Technical Centre bertujuan untuk memberikan aktiviti yang meriangkan untuk seisi keluarga.

 


Walaupun ia sekadar sebuah soapbox (gravity racer), Hyundai masih perlu melakarkan idea di atas kertas sebelum membina sebuah model tiga dimensi - sama macam kereta sebenar!

Pada asalnya, rekaan soapbox ini menampilkan permukaan jenis double-curved, namun rekaan ini amat sukar untuk dihasilkan sendiri di rumah.

 


Jadi, rekaan tersebut telah diubah menjadikannya senang untuk dibina menggunakan bahan yang boleh didapati di kedai hardware.

Aspek luaran banyak diinspirasikan daripada model konsep 45, manakala konsep stereng kayu ria pula diambil daripada model konsep Prophecy.

 


Namun, untuk model Soapbox ini, ia menggunakan pemutar skru sahaja.

Bahan-bahan yang diperlukan termasuklah kayu, rod logam, pendakap serta skru, manakala roda pula boleh diambil daripada kereta sorong.

Dari segi dimensi, ia berukuran 1.76 meter panjang, dan 1 meter lebar yang boleh dimuatkan pada kereta berskala sebenar, dan struktur yang mampu untuk menampung berat seorang dewasa.

Jika anda mempunyai kelapangan, luangkan masa dengan membina Soapbox ini menggunakan arahan daripada PDF di bawah:

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Tidak kira bas, coaster, trak pikap atau pilihan yang paling mudah van-van kecil termasuk kei car…
Berita Global
Seperti contoh, kedai biskut Dapper Fox Bakery yang diuruskan oleh Alex Reponen masih mampu…
Berita Global
Namun, semangat untuk DIY perlu juga diiringi dengan aspek keselamatan yang menyeluruh agar tiada…