Seperti contoh, kedai biskut Dapper Fox Bakery yang diuruskan oleh Alex Reponen masih mampu bertahan disebabkan permintaan berskala besar yang diuruskan sendiri, namun ketika membakar biskut lebihan untuk dihidangkan kepada isterinya, beliau mendapat satu idea baharu.
Idea Reponen lebih ringkas, menjual stok doh biskut beku kepada pelanggan individu, dan menurut beliau, "produk ini memenuhi apa yang orang ramai inginkan, mereka tidak dapat pergi ke kedai bakeri, akan tetapi mereka masih memerlukan sesuatu yang khas untuk dinikmati ketika berada di rumah, lebih-lebih lagi ketika wabak pandemik ini.
Lazimnya, sebuah van akan diperlukan untuk menguruskan hal-hal penghantaran produk, namun Reponen menggunakan Volkswagen Golf tahun 2012 miliknya sendiri untuk menghantar stok kepada para pelanggannya.
Menurut Reponen lagi, Golf itu tidak pernah sekali-kali meragam walaupun ia digunakan setiap hari, di mana dalam masa satu hari beliau memperuntukkan 10 jam untuk menghantar bekalan kepada 70 pelanggan secara purata.
Untuk memastikan bekalan doh biskut beku itu tidak terjejas ketika penghantaran, Reponen menggunakan sehingga enam bekas penyejuk untuk dimuatkan di dalam Golf-nya.