Dominasi EV China bakal dikekang secara global

oleh Firdaus Razani|
Penjualan kenderaan elektrik (EV) dan juga bateri dari China bakal menerima serangan hebat tahun ini, menurut laporan bank Perancis, Natixis.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

China mengalami peningkatan hebat dalam jualan EV di mana nilai jualan meningkat empat kali ganda kepada US$38 billion semenjak dua tahun lalu.

Namun begitu, ia mungkin akan mengalami gangguan kerana polisi-polisi dan tarif baru dari banyak negara barat, termasuk dari India dan juga Turki yang mahu menjaga kepentingan produk tempatan mereka.

Ini ditambah dengan jualan domestik EV di China yang melihat penyusutan akibat kelembapan ekonomi negara itu.

Kekangan perdagangan atau tarif adalah satu lumrah di mana setiap negara mahu menjaga produk-produk hasil dari syarikat tempatan. Malaysia suatu ketika dahulu mengenakan cukai yang tinggi kepada kenderaan import untuk memastikan kejayaan Proton dan Perodua.

Kemudian, pengenalan akta-akta dari Asean dan juga dari Eropah yang dipersetujui oleh Malaysia sendiri memaksa cukai kenderaan import diturunkan dan demi menjaga hubungan perdagangan dua hala. Jika tidak, barangan Malaysia yang dieksport keluar akan dikenakan cukai yang tinggi.

September lepas, Suruhanjaya Eropah telah melancarkan siasatan ke atas EV import dari China yang dikatakan mampu dijual dengan harga murah kerana subsidi yang diberikan oleh kerajaan China.

Ia dikatakan tidak adil kerana syarikat EV dari Eropah tidak menerima jumlah subsidi yang setinggi itu. 

Taktik pemberian subsidi sebenarnya dilakukan juga oleh Korea Selatan ketika mereka baru mengekport kenderaan ke US dan Eropah. Malaysia juga dahulu memberikan insentif cukai kepada Proton untuk mengeksport kenderaan ke UK.

Tindakan Eropah dipandang sinis oleh banyak negara membangun kerana ia pernah memaksa negara-negara lain untuk tidak mengenakan cukai yang tinggi kepada produk mereka atas dasar perdagangan terbuka. 
 

Laporan penuh di South China Morning Post

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Majlis perasmian itu diadakan di Dewan Gandasuli Tamara Residence, bersama-sama dengan sambutan…
Berita Global
Dalam erti kata lain, ia lebih banyak menghabiskan masa di pasaraya dan pusat membeli-belah dari…
Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…