Dua beradik maut dirempuh di depan sekolah

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Dua beradik yang merupakan pelajar sekolah maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah Perodua Viva di KM45 Jalan Hutan Melintang - Bagan Datuk, di depan Sekolah Kebangsaan (SK) Bagan Datoh.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Berita Harian, kejadian berlaku pada jam 7 pagi tadi di mana mangsa, Muhammad Lutfil Faiq Abdullah, 15, dan adiknya, Nur Lidiya Faiqah Abdullah, 13, dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Muar yang terletak kira-kira 300 meter dari tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, berkata siasatan awal mendapati kemalangan itu melibatkan motosikal yang ditunggang oleh mangsa lelaki berusia 15 tahun dan dibonceng adiknya dari arah pekan Bagan Datuk menghala ke arah Hutan Melintang.

Beliau berkata, "Setiba di tempat kejadian, motosikal mangsa disyaki memotong dengan memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta dipandu seorang wanita berusia 28 tahun."

"Nahas terbabit mengakibatkan dua beradik itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah, manakala pemandu wanita cedera ringan.

"Mayat adik-beradik berkenaan dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk dibedah siasat," katanya lagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, orang awam yang menjadi saksi diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Hanif Ghazali di talian 013-8211978 atau 05-6122222.

 

Sumber: Berita Harian

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai…
Berita Global
Menurut NTSB, maklumat awal menunjukkan Ford Mustang tersebut melanggar bahagian belakang sebuah…