Dua laluan di Gua Musang ditutup sebulan, trafik dijangka sesak menjelang raya

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Kosmo
Laluan utama di bandar Gua Musang dijangka sesak menjelang Hari Raya Aidilfitri ini apabila dua jalan ditutup selama sebulan bermula Rabu untuk kerja pemasangan cerucuk jambatan bagi pembinaan Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Pakej 3B dan 3C.


Jabatan Kerja Raya (JKR) Jajahan Gua Musang dalam satu kenyataan berkata, laluan di FT2747 Kilometer (KM) 3.9 (Simpang Hospital) sehingga KM2.4 (Jambatan Taman Damar) dan FT2745 KM0.8 (Bawah Flyover Taman Damar) akan ditutup kepada semua lalu lintas di kedua-dua arah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, penutupan itu bermula Rabu, 29 Mac hingga 29 April dari pukul 8 pagi hingga 7 petang.

“Sehubungan itu, papan tanda pemberitahuan akan dipasang di tapak untuk panduan pengguna jalan raya dan pengawal bendera juga akan sentiasa berada di tapak untuk mengawal trafik.

“Pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif FT008 melalui hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, FT 2744 (hadapan Hospital Gua Musang) dan FT2746 (Jalan Pulai),” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, penutupan jalan selama sebulan akan menyukarkan pergerakan masyarakat setempat terutamanya di akhir Ramadan untuk keluar mendapatkan keperluan Hari Raya Aidilfitri.

“Kita berharap agar penutupan jalan itu dapat ditangguhkan buat sementara waktu,” katanya.

 

- kegagalan membuat perancangan yang betul -

 

divert
Pelan laluan yang ditutup selama sebulan untuk kerja pemasangan cerucuk jambatan bagi pembinaan LTU Pakej 3B dan 3C di Gua Musang.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Garis panduan ini disediakan sebagai dokumen panduan dan rujukan kepada jabatan atau agensi…
Berita Domestik
Bercakap kepada pemberita, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah menjelaskan kawasan…
Berita Global
Kini, fungsi carian laluan yang sama diperkenalkan pula di Eropah, serta tampil dengan beberapa…