Ducati Panigale V4 25˚ Anniversario 916 bakal mendarat di Malaysia tahun hadapan!

oleh Mohamad Hanif|
Khas buat para peminat Ducati, ada satu berita baik menanti ada pada separuh pertama tahun 2020.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Sebagai pengedar rasmi motosikal jenama Ducati di Malaysia, Next Bike Sdn Bhd mengumumkan bahawa model edisi terhad Ducati Panigale V4 25o Anniversario 916 bakal mendarat di Malaysia pada tahun hadapan. 

Superbike Ducati Panigale V4 25o Anniversario itu dilancarkan pada minggu lalu di Pebble Beach, California dengan kehadiran juara empat kali World Superbike Championship pada tahun 1990-an, 'King' Carl Fogarty. 

 


Sebanyak 500 unit Ducati Panigale V4 akan diproduksikan menampilkan liveri asal dan barangan perlumbaan eksklusif bersempena ulang tahun yang ke-25 Ducati 916. 

Dalam perlumbaan WSBK yang berlangsung di Laguna Seca, pelumba Alvaro Bautista dan Chaz Davies menggemparkan litar dengan jentera yang memakai liveri khas yang diinspirasikan daripada grafik Panigale V4 25o Anniversario 916.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Baru-baru ini bertempat di Bologna, Itali, sempena menyambut kemenangan berganda pertama dalam…
Pelancaran Motosikal
Ia dikuasakan oleh nadi Desmosedici Stradale 1,103 cc yang telah dikemaskini dengan beberapa…
Berita Global
Fairing hitam kusam      Imej paling jelas dibawa V4 SP2 ialah grafik Ujian Musim Sejuk (Winter…