
Berikut adalah ciri-ciri asas robot Hyundai:
- Pergerakan secara autonomi menggunakan Light Detection and Ranging (LiDAR) dan sensor kamera
- Stereng dan pembrekan pintar
- Suspensi
- Fungsi berputar 360 darjah
Dengan menggunakan teknologi pemanduan autonomi, robot itu boleh mencari laluan yang optimal bagi menghantar pesanan atau bungkusan kepada pelanggan.
Robot itu mampu mengecam dan mengelak objek bergerak atau kekal dan menuju ke destinasi dengan lancar dan cepat.

Berikut pula senario ujian di Hotel Rolling Hills
- Digunakan untuk operasi servis bilik dari pukul 8.00 malam hingga 10.00 malam setiap hari
- Menghantar barangan ameniti, makanan dan minuman
- Tetamu hotel membuat pesanan melalui aplikasi Kakao Talk
- Pengesanan boleh dibuat secara masa nyata
- Robot menggunakan algoritma berasaskan pembelajaran mendalam (deep learning) bagi mengecam suasana sekitar dan manusia
- Apabila robot sampai ke pintu bilik dan mengecam pelanggan, pintu simpanan barang akan dibuka secara automatik
- Robot mempunyai rangkaian berhubung dengan pelayan utama (main server) hotel dan boleh mengawal lif
- Iya, robot mampu naik lif!

Berikut ialah kerjasama dengan Woowa Brothers
- Woowa Brothers adalah syarikat yang mengoperasikan aplikasi penghantaran makanan Baemin
- HMG telah bekerjasama sejak Mac 2021 bagi memajukan teknologi dan keupayaan robot untuk penghantaran destinasi akhir (last mile)
- Robot Hyundai digunakan untuk khidmat penghantaran makanan pintu ke pintu (D2D) di kompleks kediaman dan komersial di pinggir bandar Seoul
- Selepas pelanggan membuat pesanan melalui aplikasi Baemin, robot akan mencari barangan itu di kompleks membeli belah yang bersambung dengan kediaman pelanggan
- Penghantaran dibuat terus ke depan pintu!
- HMG menggunakan sistem komuniksi tanpa wayar untuk mengakses ke pintu kediaman dan lif

Berdasarkan keputusan program rintis ini, HMG merancang untuk menaik taraf perkhidmatan robot berasaskan PnD dan menambah jumlah robot dan waktu operasi secara berperingkat.
HMG juga merancang untuk mengembangkan perniagaan di kawasan komersial yang memerlukan khidmat penghantaran dan berhubung dengan pelanggan.
Kereta boleh bergerak sendiri, robot pun boleh bergerak sendiri!
Penulis: Muhammad Md Tajudin