EICMA 2023: Honda CB650R, CBR650R terima kemas kini baharu - Lengkap dengan Honda E-Clutch!

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Bertempat di acara pameran EICMA 2023, Honda telah memperlihatkan dua model kelas pertengahannya iaitu CB650R dan CBR650R 2024 dengan beberapa kemas kini baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari segi spesifikasi, kedua-dua model masih mengekalkan kelengkapan yang sama, di mana ia dikuasakan nadi 649 cc empat silinder sebaris yang mampu menghasilkan sehingga 94 HP dan 64 Nm.

 

2

 

Menariknya, antara kemas kini yang dibawakan ialah teknologi Honda E-Clutch, di mana kedua-dua model tersebut merupakan model pertama dalam rangkaian Honda yang tersedia dengan teknologi tersebut.

Direka khusus untuk golongan penunggang baharu, ianya direka untuk membolehkan penukaran gear lebih mudah dan menyeronokkan, sekaligus menghilangkan keperluan untuk menggunakan tuil klac secara manual apabila menukar gear.

 

3

 

Menggunakan konsep yang sama seperti quickshifter, E-Clutch membolehkan penunggang mengendalikan tuil gear dengan cara biasa tanpa perlu menggerakkan tuil klac.

Menurut Honda, E-Clutch membolehkan penunggang untuk memulakan perjalanan, membuat penukaran gear dan berhenti dengan lebih lancar dan mudah tanpa operasi klac tangan.

 

5

 

Selain hadir dengan teknologi Honda E-Clutch, CB650R dan CBR650R turut hadir dengan kemas kini rekaan luaran baharu untuk memberikan penampilkan yang lebih segar dan kemas.

Untuk model naked iaitu CB650R, ia kini dilengkapi dengan lampu hadapan LED baharu, pelindung radiator baharu, rekaan ekor belakang yang lebih tajam bersama rekaan lampu belakang baharu.

 

4

 

Untuk model sportbike iaitu CBR650R, rupa luarannya kini lebih menjurus kepada penampilan CBR1000RR-R, di mana rekaan lampu hadapannya lebih pendek dan tajam bersama rekaan fairing yang lebih langsing.

Akhir sekali, kedua-dua CB650R dan CBR650R kini dilengkapi dengan paparan meter TFT berwarna bersaiz 5 inci bersama fungsi ketersambungan Honda Roadsync.

 

Baca: Honda bangunkan E-Clutch - selamat tinggal klac tangan!

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Kedua-dua jentera CB650R dan CBR650R ini menampilkan sistem suspensi hadapan fork Showa 41 mm jenis…
Tunggang Uji
Kebelakangan ini, kebanyakan pengeluar cuba tampil dengan pengenalan model baharu yang membawakan…
Pelancaran
Dalam usaha untuk merancakkan lagi pasaran dunia dua roda Malaysia, Boon Siew Honda membawakan dua…