Elon Musk akui potensi yang ada di Indonesia

oleh Mohamad Hanif|
Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mengambil kesempatan mengunjungi kilang SpaceX milik blionair, Elon Musk di Boca Chica, Amerika Syarikat (AS) ketika sesi lawatan ke negara itu bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN, lapor laman berita Kompas, semalam.

Pada kesempatan tersebut, Jokowi mendedahkan bahawa beliau telah berbincang dan melawat kilang pengeluaran roket sambil diiringi Musk sendiri.

Jokowi berkata, lawatan itu adalah susulan daripada arahannya kepada Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Luhut Binsar Pandjaitan untuk bekerjasama dengan SpaceX.

“Susulan arahan saya untuk bercakap dengan Musk tentang pelaburan, teknologi dan inovasi, saya mengambil peluang daripada lawatan ke AS ini untuk membincangkan mengenai kerjasama masa depan,” kata Jokowi dalam kenyataan akhbar Sekretariat Presiden.

Dalam pada itu, Musk turut memberitahu bahawa beliau sangat berminat untuk bekerjasama dengan Indonesia dalam pelbagai sektor yang dianggap berpotensi.

“Saya fikir Indonesia mempunyai potensi yang besar. Menerusi Tesla dan SpaceX, saya akan mencadangkan beberapa kerjasama dengan Indonesia,” ujar Musk.

Musk selain itu turut memaklumkan bahawa jumlah penduduk Indonesia yang ramai menjadi satu kelebihan terutamanya dari segi tenaga kerja.

“Ia satu perkata yang bagus kerana kami memerlukan ramai pekerja pada masa hadapan,” ujarnya.

Sumber: Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia berbeza dengan kenyataan dari emel beliau kepada eksekutif-eksekutif Tesla Khamis lalu di mana…
Berita Global
  Tinjauan yang suram dibuat dua hari selepas bilionair itu memberitahu kakitangan supaya kembali…
Berita Global
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc itu dalam satu memo memaklumkan, kesemua warga syarikat itu…