Elon Musk kini individu kedua terkaya di dunia, kalah Bill Gates!

oleh Mohamad Hanif|
PENGASAS Tesla, Elon Musk mengalahkan Bill Gates sekali gus menjadi individu kedua terkaya di dunia, menurut senarai jutawan Bloomberg.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Musk, 49, menambah kekayaannya sebanyak AS$7.2 bilion (RM29.4 bilion) pada Isnin berikutan lonjakan saham terbaharu Tesla.

Kekayaan pengasas syarikat teknologi itu kini dianggarkan pada AS$128 bilion (RM523.20 bilion).

Usahawan kelahiran Afrika Selatan itu kini memintas jutawan-jutawan lain termasuk pengasas Facebook Mark Zuckerberg serta Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif LVMH, Bernard Arnault.

Kini, satu-satunya individu yang mendahuluinya ialah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Amazon, Jeff Bezos dengan kekayaan bernilai AS$182 bilion (RM743.93 bilion).

Sementara itu, penularan wabak COVID-19 telah menambah nilai kekayaan hartawan kerana syarikat teknologi menjadi kegemaran ekoran prestasi kukuh dalam pasaran saham.

Pada 2020, saham Tesla melonjak lebih 500 peratus dan ia kini bernilai lebih AS$500 bilion (RM2043.75 trilion).

Menurut laporan AFP, Musk memiliki sekitar 18 peratus saham dan mengaut keuntungan sebanyak AS$100 bilion (RM408.75 bilion) dalam tempoh tersebut.

Saham Tesla meningkat sejak Pemilihan Presiden Amerika Syarikat yang memilih dasar lebih agresif untuk menangani perubahan iklim.

Lonjakan saham Tesla juga didorong oleh pengumuman bahawa ia didaftarkan dalam indeks S&P 500.

Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini diikuti dengan kejatuhan saham Tesla di Bursa Saham New York sebanyak 5.5 peratus. Tahun ini,…
Berita Global
Elon ditanya tentang rancangan Apple untuk membuat sebuah EV dan dengan sinis, Elon menjawab bahawa…
Berita Global
Sejak daripada pengumuman tersebut, Elon Musk sudah beberapa kali menangguhkan kemunculan sebenar…