ETCM tawar warna baharu untuk X-Trail, Serena S-Hybrid, lanjut promosi faedah rendah 1.88 peratus

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan tahun baharu 'Harimau Air', Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd mengumumkan penawaran warna baharu untuk SUV Nissan X-Trail dan juga Nissan Serena S-Hybrid.

Warna baharu yang dimaksudkan itu adalah warna Monarch Orange untuk varian Nissan X-Trail 2.0 Mid, serta warna Radiant Red untuk model Nissan Serena 2.0L S-Hybrid Premium Highway Star.
 

kempen


Selain daripada itu, bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina, ETCM turut melanjutkan kempen kadar faedah 1.88 peratus untuk model Nissan terpilih sah sehingga 28 Februari ini.

Para pelanggan yang membeli dan mendaftarkan kereta Nissan baharu berpeluang untuk membawa pulang baucer Lazada bernilai sehingga RM50,000.
 

Almera


Tidak cukup dengan itu, mana-mana pelanggan yang memandu uji sebuah Nissan Almera Turbo sepanjang tempoh kempen berlangsung juga berpeluang untuk memenangi baucer Watsons bernilai RM500.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web www.nissan.com.my

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk model terpilih, ETCM turut menawarkan pakej aksesori secara percuma bernilai sehingga RM10,…
Berita Domestik
Antara model yang layak termasuklah Nissan Almera 1.0L Turbo, Nissan Navara 2.5L Turbo 4WD, Nissan…
Berita Domestik
Program khas ini menawarkan bantuan berbentuk: diskaun 20 peratus ke atas alat ganti tulen dan…