ETCM perkenal Nissan Navara Black Edition - Tambahan pakej aksesori untuk varian V dan VL, dari RM134,800

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) mengemaskini penawaran trak pikapnya dengan memperkenalkan Nissan Navara Black Edition baharu, yang didatangkan dengan pakej aksesori untuk varian V dan VL.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tambahan pakej itu memberikan kedua-dua varian tersebut rupa yang lebih lasak dan agresif, di mana ianya diinspirasikan dari varian Navara Pro-4X.

 

2

 

Hanya datang dengan pakej tambahan aksesori, kedua-dua varian V dan VL masih dikuasakan enjin 2.5 liter empat silinder diesel turbo dipadankan dengan transmisi automatik 7 kelajuan bersama sistem pacuan empat roda, menghasilkan 188 HP dan 450 Nm.

Pakej tambahan aksesori Black Edition itu ditawarkan bermula dari RM13,500 untuk varian V, dan RM14,700 untuk varian VL, di mana kedua-duanya menerima arch roda dua tona warna, serta kemasan pada gril dan cermin sisi berwarna hitam.

 

3

 

Untuk Navara Black Edition varian V, ia didatangkan dengan rim bersaiz 17 inci berwarna hitam, dan barangan dalaman Premium Package termasuk balutan tempat duduk kulit serta filem penapis haba V-Kool.

Untuk Navara Black Edition varian VL pula, ia didatangkan dengan Protection Package termasuk pelindung tangki minyak, pelindung takung minyak enjin, plet tepi pintu, dashcam, visor pintu serta filem penapis haba V-Kool, sementara rim bersaiz 18 inci masih dikekalkan.

 

4

 

Harga bagi Nissan Navara Black Edition kini ditawarkan bermula dari RM134,800 untuk varian V, dan RM146,900 untuk varian VL.

Untuk bulan ini sahaja, ETCM turut menawarkan kad minyak bernilai RM800 secara percuma kepada pelanggan yang membeli Navara bersama pakej tersebut.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia menggabungkan identiti korporat Nissan dengan logo Nissan yang terkini bertujuan untuk…
Berita Domestik
Antara promosi utama ialah model Nissan X-Trail Black Edition yang didatangkan dengan pakej…
Berita Domestik
Bemula 1 hingga 31 Januari 2023, pelanggan baharu yang membeli model Nissan Serena, Nissan Navara,…