EV paling popular di dunia mungkin dipasang di Indonesia

oleh HEZERI SAMSURI|
Mini EV, kenderaan elektrik paling popular di China dan di dunia nampaknya mungkin akan dipasang di kilang pemasangan Wuling Motors di Cikarang, Jawa Barat.

Presiden dan Pengarah Wuling Motors, Shi Guoyong berkata syarikat beliau sangat komited untuk memasarkan kenderaan elektrik (EV) di negara republik itu dan ia sudah melabur di dalam kilang pemasangan tempatan dan pembangunan vendor dengan piawaian global bagi membuktikan pembabitan jangka masa panjang Wuling di Indonesia.

Pemimpin-pemimpin Republik Indonesia dibawa melawat kilang pemasangan Wuling di sana dan diberi peluang untuk menguji kenderaan-kenderaan EV dari syarikat itu, termasuk Mini EV.

Wuling Mini EV dijual di China bermula dari RM18,800 sehingga RM25,300, dan ia adalah EV paling popular di dunia, mengalahkan Tesla Model 3. Ia menjadi satu kenderaan gaya hidup di negara tersebut, dan ramai golongan muda yang melihat ia sebagai satu kenderaan yang mampu milik dan mudah digunakan serta menarik untuk dilakukan modifikasi dari segi luaran.

Mini EV mempunyai jarak perjalanan sejauh 170 km dengan satu caj (NEDC) dan mempunyai halaju maksimum 100 kmsj. Saiznya yang kecil itu menjadikan ia sangat sesuai untuk bandaraya yang sibuk seperti di China.

Di bawah ialah perbandingan saiz antara Wuling Mini EV dan Perodua Kancil. 

 

 

 

Mini EV memang lebih pendek dari Kancil tetapi ia juga lebih lebar dan tinggi, menjadikan kabinnya terasa lebih luas dari saiz luaran sebenar. Saiz itu juga yang menjadikan ia mudah diparkir di bandaraya sibuk.

Pusat caj yang banyak di bandaraya China juga adalah antara faktor penting kenapa ia diterima dengan mudah di sana. Indonesia juga mungkin akan "menutup sebelah mata" keperluaan homologasi mengikut piawaian UN ECE agar lebih mudah untuk EV berkembang pesat di sana.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia menampilkan trenkuasa plug-in hybrid 1.5 liter (PHEV) yang menawarkan jarak gerak elektrik…
Berita Global
Sedan saiz pertengahan itu membawakan ukuran dimensi sepanjang 4,835 mm, lebar 1,890 mm, tinggi 1,…
Berita Global
Model Wuling Air EV ini adalah kenderaan elektrik super kompak yang sesuai untuk bandaraya padat…