EV pertama Rolls-Royce SRH jalani servis 100,000 meter

oleh Mohamad Hanif|
Kira-kira empat tahun yang lalu, Rolls-Royce telah memperkenalkan model kenderaan elektrik pertama mereka, namun EV tersebut bukanlah dihasilkan untuk kegunaan golongan dewasa.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Sebaliknya, projek one-off yang dinamakan sebagai Rolls-Royce SRH itu merupakan sebuah kereta berskala kanak-kanak yang disumbangkan kepada St. Richard's Hospital di Chichester.

 


Menariknya, kereta elektrik mini ini sebenarnya digunakan untuk membawa pesakit kanak-kanak wad pediatrik sebelum mereka menjalani pembedahan.

Selepas empat tahun, 2,000 perjalanan merangkap jarak perbatuan 100,000 meter (ya, unit meter), EV pertama ini perlu dihantar semula ke Rolls-Royce untuk servis dan penyelenggaraan rutin.

 


Selain daripada itu, Rolls-Royce juga turut menjalankan proses restorasi semula cat dan panel badan yang sudah tercalar kepada kondisi asal seperti mula-mula keluar dari kilang.

Menurut Rolls-Royce, walaupun ia dihasilkan khusus untuk wad pediatrik, mereka tidak mahu kualiti SRH sama sahaja dengan kereta mainan yang ada di pasaran.

Oleh sebab itu, projek ini mengambil masa kira-kira 400 jam untuk menyiapkan SRH.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Cullinan II masih lagi Cullinan yang dikenali, badan berkotak, gah dan sebuah Rolls-Royce.…
Berita Global
Tenaga disalurkan ke roda belakang melalui transmisi manual 4 kelajuan, menjadikan ia antara…
Berita Global
Biarpun berdepan dengan risiko senarai hitam, ia tidak menghalang seorang pemilik Spectre untuk…