EV VinFast e34 skor 4 bintang ASEAN NCAP

oleh Mohamad Hanif|
Program Penilaian Kenderaan Baharu bagi Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) telah mengeluarkan keputusan terkini bagi ujian pelanggaran yang dijalankan pada salah sebuah EV Vinfast yang kini mula dijual di Vietnam, VF e34.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Biarpun sekadar meraih skor keseluruhan 4 bintang sahaja, namun VF e34 ternyata mencatatkan prestasi impresif bagi aspek perlindungan penumpang dewasa (AOP - 35.92 poin), Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP - 17.71 poin) serta Perlindungan Penunggang Motosikal (MS - 12.50 poin).
 

VF


Untuk kategori Bantuan Keselamatan (SA), SUV itu memperoleh penarafan 4 bintang maksimum dengan skor 12.86 poin memandangkan ia tidak dilengkapi dengan ciri brek kecemasan autonomi (AEB).

Namun secara standard, VF e34 ini dilengkapi dengan ciri seperti enam beg udara, sistem peringatan tali pinggang keledar (SBR), ABS, ESC, amaran keluar lorong (LDW), amaran lintasan trafik belakang (RCTA), serta tambahan ciri pemantauan titik buta (BSD) dan bantuan suluhan tinggi (AHB).

 

VF


Vinfast turut dipuji ASEAN NCAP kerana memasang teknologi BSD yang ternyata mampu membantu pemandu mengelakkan pelanggaran dengan penunggang motosikal.

Apatah lagi Vietnam merupakan salah satu negara ASEAN yang mempunyai jumlah pendaftaran motosikal tertinggi di atas jalan.

Selain itu, penambahan ciri panggilan kecemasan e-Call dilihat satu ciri yang sangat membantu terutama di dalam situasi yang tidak diduga.
 

VF


Sebagai makluman, prototol terkini ASEAN NCAP 2021-2025 merangkumi empat aspek, iaitu AOP dengan skor maksimum 40 poin, diikuti COP, SA dan MS masing-masing 20 poin.

Dari segi spesifikasi, VF e34 mempunyai motor elektrik tunggal berkuasa 150 PS dan 242 Nm, sementara pek bateri 42 kWh pula membenarkan jarak operasi sejauh 300 km untuk sekali cas penuh.

 

Sumber: ASEAN NCAP

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, Triton merupakan trak pikap pertama yang diuji di bawah protokol penilaian 2021-2025.…
Berita Domestik
Secara keseluruhan, Proton S70 telah mendapat skor setinggi 82.95 poin berdasarkan empat kategori…
Berita Domestik
Tahukah anda? model Vios merupakan antara lapan model pertama yang diuji oleh ASEAN NCAP semasa…