Siapa sangka, daripada sebuah rekaan yang penuh dengan seni, gril buah pinggang ikonik BMW terus berevolusi menjadi sebahagian daripada identiti BMW, serta penuh dengan fungsi-fungsi yang orang dahulu tak pernah terfikir langsung!
1. BMW 303 (1933)
Roadster BMW 507 merupakan model BMW pertama yang dihasilkan dengan rekaan gril buah pinggang menegak hasil rekaan Albrecht Graf von Goertz.
Format rekaan kemasukan udara yang besar pada BMW 507 itu adalah perlu untuk menyalurkan bekalan udara bersih kepada enjin bentangan V8 yang dimuatkan pada model roadster itu.
3. BMW 1500 (1961)
Memasuki era 1960-an, rekaan gril buah pinggang BMW mula mengecil, dan contoh yang terbaik adalah model BMW 1500.
Rekaan hadapan BMW 1500 ini merupakan sumber inspirasi kepada rekaan model-model utama BMW sehingga tahun 1980-an, termasuklah model lagenda BMW 3.0 CS, BMW CSi dan BMW CSL.
4. BMW M1 (1978)
Bermula daripada tahun 1990-an, rekaan gril buah pinggang BMW terus berevolusi menjadi semakin besar, dan ia dimulakan dengan model generasi ketiga BMW 3-Series.
Rekaan yang sama turut mempengaruhi model-model BMW era 90-an seperti BMW 7-Series (1994), BMW 5-Series (1995), BMW Z3 (1995), sebelum diikuti oleh generasi keempat BMW 3-Series (1998) dan dua generasi pertama BMW X5.
6. BMW i3 (2013)
Walaupun BMW beralih kepada penggunaan trenkuasa elektrik, ia tidak menghalang pengeluar itu untuk terus mengaplikasikan gril buah pinggang ikonik pada model EV itu.
BMW i3 menampilkan rekaan gril hadapan yang tertutup bertujuan untuk penambahbaikan aspek aerodinamik dan dikemaskan dengan aksen berwarna biru yang menggambarkan i3 sebagai sebuah model BMW dan sebuah EV yang berinovasi.
7. BMW 8-Series, BMW Z4 (2018)
Model tahun 2018 ini menerima penambahbaikan terhadap rekaan gril hadapan, di mana ia lebih tajam dan lebih lebar, dan menawarkan dua fungsi yang berbeza.
Fungsi yang pertama adalah sebagai sumber kemasukan udara sekunder manakala fungsi kedua pula adalah untuk mengurangkan rintangan udara menerusi sistem kawalan kepak udara aktif.
8. BMW 3-Series (2018)
Rekaan gril buah pinggang pada generasi terkini BMW 3-Series menggandingkan beberapa ciri seperti rekaan buah pinggang yang bercantum antara satu sama lain dan bersambung dengan unit lampu utama.
Namun, ciri baharu yang dimuatkan adalah gril yang diposisikan sedikit tinggi berbanding lampu utama, sementara untuk model M Performance pula rekaan palang menegak digantikan dengan bentuk struktur tirus yang bersambungan dengan jejaring gril.
Rekaan yang disebutkan itu tadi adalah lebih besar dan lebih menonjol pada model yang lebih besar, seperti BMW X7 dan BMW 7-Series.
9. BMW 4-Series Coupe (2020)
Rekaan gril buah pinggang telah mengalami evolusi sekali lagi, kali ini dengan rekaan yang lebih kontroversi seperti yang diperlihatkan pada model BMW 4-Series Coupe.
Menurut pereka yang bertanggungjawab terhadap bahasa rekaan BMW 4-Series Coupe, Seungmo Lim menjelaskan, rekaan gril berkembar terbaharu ini merupakan jambatan yang menghubungkan rekaan yang ikonik kepada masa hadapan.
10. BMW Vision iNEXT (2018), BMW Vision M NEXT (2019)
Dengan ketiadaan trenkuasa konvensional, rekaan gril hadapan ikonik BMW kini berubah fungsi kepada sebuah perumah yang menempatkan pelbagai jenis penderia termasuklah kamera dan sistem bantuan pemanduan autonomi, seperti yang ditunjukkan pada model konsep BMW Vision iNEXT dan Vision M NEXT.
Rekaan ikonik buah pinggang itu masih lagi dikekalkan, namun ditambahbaik dengan sistem iluminasi yang menjadikan penampilan bersifat tiga dimensi, suatu yang tidak terdapat pada model-model BMW yang terdahulu.