F1 kembali ke Sepang 2026?

oleh Mohamad Hanif|
Setelah sekian lama menyepi, Sepang bakal digegarkan kembali dengan deruman enjin jentera Formula Satu (F1).
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Menurut sumber dalaman, Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (sebelum ini dikenali sebagai SIC) akan menganjurkan kembali sukan berprestij tersebut pada tahun 2026, serentak dengan pengenalan peraturan baharu yang bakal berkuatkuasa pada tahun yang sama.
 

F1


Terdahulu, Litar Antarabangsa Sepang telah dijenamakan semula sebagai Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang selepas termeterainya perjanjian hak penamaan selama tiga tahun antara SIC dan PETRONAS.

Dengan terletaknya litar tersebut di bawah secara PETRONAS secara terus, ia bukan sahaja memberikan petanda tentang kemunculan kembali sukan bertaraf dunia itu, malah mampu merancakkan lagi landskap sukan permotoran di negara ini, seperti yang dilaporkan oleh laman Si.com.
 

G\F1


Selain daripada itu, kerajaan juga seharusnya mampu untuk menggunakan platform ini dengan sebaik mungkin, bukan sahaja untuk menarik kehadiran pelancong bahkan dapat menyediakan satu peluang yang baik kepada industri automotif tempatan.

Perlumbaan F1 pertama kali dianjurkan di litar lumba yang direka oleh Hermann Tilke pada tahun 1999, sebelum ia ditamatkan pada tahun 2017 disebabkan oleh peningkatan kos penganjuran dan penurunan angka jualan tiket.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Hasrul Adha dari Pengurusan Projek SIC, cadangan asal pembinaan litar ini bermula sejak…
Berita Domestik
"Kami mengesahkan bahawa tiada perbincangan mengenai membawa kembali sukan itu ke Litar…
MotorGP
"Patuhi arahan papan tanda di sepanjang jalan dan tidak berhenti atau menghalang laluan kenderaan…