Juara dunia F1, Max Verstappen berseronok pandu Civic Type R FL5

oleh Mohamad Hanif|
Kerjasama antara pasukan F1 Red Bull dan Honda membolehkan para pelumba "Lembu Jantan Merah" itu bukan sahaja mendapatkan peluang memandu Honda Civic Type R FK8, akan tetapi generasi hot hatch yang baharu sahaja dilancarkan, Civic Type R FL5.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai sebahagian daripada kempen pemasaran, Honda telah memberikan juara dunia Max Verstappen peluang untuk menguji sendiri prestasi Civic Type R 2023 di litar Euroring sepanjang 2.75 km di Budapest, Hungary.

Video berdurasi dua minit itu memaparkan Max yang mempunyai jadual yang amat padat telah dipanggil untuk berjumpa dengan prinsipal pasukan Red Bull Racing, Christian Horner.

 


Di pertengahan jalan, Max kemudian diberikan peluang untuk menghabiskan masa sebentar di dalam Honda Civic Type R FL5 di litar Euroring, tanpa menyedari beliau sudah pun terlewat untuk menghadiri mesyuarat bersama Horner.

Melihatkan prestasi Civic Type R FL5 yang jauh lebih berkuasa dan bertenaga berbanding HR-V yang dinaiki sebelum ini, Max membuat keputusan untuk memandu sendiri Civic Type R tersebut ke lokasi berikutnya.

Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, Honda Civic Type R 2023 didatangkan dengan nadi K20C1 yang telah ditala semula menghamburkan kuasa setinggi 315 hp @ 6,500 rpm dan daya kilas 420 Nm @ 2,600-4,000 rpm untuk pasaran Amerika, manakala pasaran Jepun pula mendapat angka setinggi 326 hp dan 420 Nm.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sayang sekali, tidak banyak perubahan teknikal dibawakan pada model edisi terhad ini, melainkan…
Sukan Bermotor
Pelumba Red Bull itu yang sebelum ini dikecewakan dengan aksi cukup memilukan di GP Bahrain Ahad…
Berita Global
"Saya amat terkejut apabila mendengar berita (serangan) tersebut. "Amat mengerikan untuk melihat…