Saya takkan berlumba di GP Russia - Sebastian Vettel

oleh Mohamad Hanif|
Pelumba pasukan F1 Aston Martin yang juga juara dunia empat kali, Sebastian Vettel dilaporkan tidak akan berlumba di GP Russia berikutan serangan negara itu ke atas Ukraine, menurut laporan Motorsport.com.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Saya amat terkejut apabila mendengar berita (serangan) tersebut.

"Amat mengerikan untuk melihat apa yang berlaku, apatah lagi kami mempunyai perlumbaan yang dijadualkan berlangsung di Russia.

"Pada pendapat saya, saya tidak patut pergi, dan saya tidak akan pergi berlumba di negara itu.

Pelumba itu turut bersimpati dengan nasib orang awam yang tidak berdosa menjadi mangsa keadaan akibat kepemimpinan yang teruk itu.

Pendapat beliau turut disokong oleh Max Verstappen yang menambah, "Apabila sesebuah negara berada dalam keadaaan perang, adalah tidak wajar untuk berlumba di situ.

Sebagai makluman, GP Russia dijadualkan berlangsung pada 25 September ini.

Sumber: Motorsport.com

Berita Berkenaan

Berita Global
Berita baik, unit Nissan GT-R R35 ini dikatakan sedang mencari pemilik baharu berdasarkan senarai…
Sukan Bermotor
Aston Martin mengesahkan berita tersebut dengan menjelaskan pelumba Alpine itu telah menandatangani…
Sukan Bermotor
Pelumba berusia 35 tahun dari Jerman itu sebelum ini pernah berlumba untuk pasukan BMW Sauber,…