Usaha bertahun-tahun itu akhirnya membuahkan hasil apabila Nasser Al-Attiyah dan pemandu arah Mathieu Baumel berjaya menjulang trofi juara keseluruhan pada edisi 2019 yang berlangsung awal tahun ini.
Untuk perlumbaan akan datang, TOYOTA GAZOO Racing membariskan pasangan handalan dan muka baharu dengan latar belakang berikut:
Nasser dan Mathieu: Penyandang Rali Dakar 2019. Pernah beberapa kali menduduki podium di dalam Piala Dunia FIA Rali Cross Country dan Ralik Dakar.
Giniel de Villiers: Juara Rali Dakar 2009 dan empat kali juara Rali Maghribi.
Bernhard Ten Brinke: Juara Rali Maghribi dan bergandingan dengan pemandu arah Tom Colsoul yang mempunyai pengalaman luas dan beberapa kejayaan di dalam kategori trak.
Fernando Alonso: Juara dua kali perlumbaan Le Mans 24 Jam, penyandang FIA World Endurance Championship bersama TOYOTA GAZOO Racing, dua kali juara dunia Formula 1, Juara 24 Hours of Daytona.
Marc Coma: Pemandu arah Fernando Alonso. Juara enam kali FIM Cross Country World Championship dan lima kejuaraan Rali Dakar dalam kategori motosikal.
Fernando dan Marc memulakan latihan mereka pada Ogos lalu di beberapa lokasi mencabar seperti Eropah, Afrika dan Timur Tengah.
Keempat-empat pasangan akan menggunakan Toyota Hilux yang dibangunkan di Afrika Selatan. 'Hailak' itu dikuasakan enjin 5,000 cc V8 aspirasi normal dengan pacuan kesemua roda.
Penulis: Muhammad Md Tajudin