Menariknya, Ferrari hanya menawarkan satu warna sahaja untuk kesemua unit F40 yang dihasilkan, iaitu warna merah Rosso Corsa.
Jadi agak aneh untuk kita melihat sebuah Ferrari F40 yang dilayangkan dengan warna selain daripada warna merah ikonik itu.
Kelibat Ferrari F40 berwarna kelabu matte ini dikesan oleh saluran YouTube The TFJJ ketika menghadiri satu acara yang bertempat di Dorchester Hotel, Central London.
Menurut penerangan pemilik video tersebut, Ferrari F40 tersebut sebenarnya telah menjalani proses wrap penuh oleh Yiannimize menjadikan penampilan F40 ini lain daripada yang lain.
Ya, ia bukanlah satu warna yang mudah untuk diterima terutama peminat fanatik Ferrari, namun bagi mereka yang ada wang dan 'bosan' dengan palet warna Ferrari sedia ada, ia bukanlah satu masalah besar.
Sumber: YouTube The TFJJ