Menurut laporan yang dibuat oleh Autocar UK menerusi temubual bersama ketua pegawai teknikal Ferrari, Michael Leiters berkata, SUV Ferrari serba baharu ini menjanjikan prestasi yang tidak tertanding dan mampu mengatasi model-model yang disebutkan diatas.
Dibangunkan menggunakan platform generasi baharu dengan konfigurasi enjin hadapan tengah (front-mid-engine) yang berskala, pelantar ini mampu memuatkan variasi enjin termasuklah V6, V8 dan juga V12, selain mampu menempatkan sistem hibrid.
Platform ini juga boleh digunapakai untuk model-model Ferrari akan datang yang hadir dengan sistem pacuan roda belakang atau pacuan semua roda, manakala dimensinya pula boleh diubah bagi memuatkan dua, 2+2, atau empat tempat duduk bergantung kepada reka bentuk badan yang ditetapkan.
nadi V12? Mmmmm~
Berbalik semula kepada SUV Purosangue ini, AutoCar membuat kesimpulan bahawa Purosangue ini akan hadir dengan konfigurasi empat tempat duduk, serta sistem trenkuasa hibrid yang sama seperti digunakan pada SF90 Stradale.
Sistem hibrid ini terdiri daripada tiga motor elektrik di mana dua daripadanya ditempatkan di gandar hadapan manakala sebuah lagi pada gandar belakang.
Untuk varian tertinggi, berkemungkinan besar nadi V12 akan ditempatkan di dalam ruang enjin.
Menurut Leiters lagi, cabaran dalam menghasilkan SUV pertama ini adalah berbeza berbanding supercar sedia ada, di mana pihaknya perlu belajar membuat inovasi daripada teknologi sedia ada.
"SF90 Stradale adalah produk baharu, jadi pelbagai inovasi baharu (yang sesuai) yang ada pada kereta tersebut boleh dipindahkan tanpa sebarang masalah, namun untuk SUV (Purosangue) ini akan menampilkan inovasi tersendiri.
Ferrari SF90 Stradale
Sumber: Autocar