Ianya berdasarkan dakwaan bahawa Mahindra telah menyalin reka bentuk model Jeep.
Hakim Daerah U.S. Gershwin Drain di Detroit memutuskan bahawa reka bentuk Mahindra tidak mungkin cukup untuk menyebabkan kekeliruan pengguna bagi mewajarkan larangan itu.

Ianya sekaligus mengulangi keputusan awal selepas mahkamah rayuan U.S tahun lalu mengarahkannya untuk mempertimbangkan semula kes tersebut.
Fiat Chrysler telah menyaman Mahindra pada 2018 di Detroit dan memfailkan aduan dengan Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa U.S. menuduh syarikat India itu menyalin elemen reka bentuk Jeep yang dilindungi tanda dagangannya pada model Roxor.

Drain telah menyekat Mahindra daripada menjual Roxors sebelum 2020 berikutan larangan import ITC, tetapi menolak permintaan Fiat Chrysler untuk menyekat jualan versi reka bentuk semula kenderaannya berdasarkan keputusan ITC bahawa ia tidak melanggar hak tanda dagangan Fiat Chrysler.
Drain menolak larangan Roxors pasca 2020 sekali lagi pada hari Rabu lepas, dan berkata selepas mempertimbangkan faktor baharu bahawa "peraturan jarak selamat" masih tidak boleh digunakan.
Sumber: Reuters