Filem Tumpang PLUS raih anugerah Festival Youtube Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) melengkapkan tahun gemilang 2019 dengan merangkul Anugerah Iklan YouTube Terbaik bagi Kategori “Auto & Travel” pada Festival YouTube Malaysia 2019 baru-baru ini menerusi video pendek “Tumpang” yang diterbitkan sempena Hari Raya Aidilfitri yang lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Video “Tumpang” menceritakan keprihatinan PLUS dalam menyediakan pengalaman perjalanan yang bermakna terhadap semua pelanggan lebuhraya. Menerusinya, kami berharap semua dapat merasakan keikhlasan PLUS dalam menjaga pelanggan dengan baik sepanjang perjalanan mereka,” kata Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail.

“Tumpang” berkisar tentang perjalanan seorang pemuda yang terpaksa menumpang seorang pemandu lori untuk pulang ke kampung kerana tertinggal bas.

“Video ini mencerminkan realiti kehidupan yang penuh dengan pelbagai cabaran, dan dalam masa yang sama menzahirkan kesyukuran dalam perhubungan kita dengan orang lain, khususnya mereka yang tersayang dan juga golongan yang kurang bernasib baik,” kata beliau.

Video “Tumpang” mencatatkan sebanyak 8.3 juta tontonan di YouTube dan menerusi saluran-saluran media sosial yang lain.

“Kemenangan tersebut merupakan kemenangan pertama PLUS pada Festival YouTube Malaysia. Semua penyertaan dalam kategori yang sama adalah berkualiti tinggi dan kami merakamkan penghargaan kepada para hakim yang telah memilih PLUS sebagai yang terbaik untuk 2019 bagi kategori tersebut,” tambah Datuk Azman.

Kemenangan ini melengkapkan tahun yang gemilang buat PLUS apabila menerima pelbagai anugerah seperti

  • Anugerah Antarbangsa Keselamatan Jalan Raya Prince Michael di London
  • Anugerah Penarafan Indeks Lebuhraya Hijau (MyGHI),  
  • Anugerah Perhubungan Awam Malaysia (MPRA) 2019,
  • Anugerah Pengurusan Risiko Terbaik MARIM,
  • Anugerah StrategicRisk Asia-Pasifik,
  • ICQCC 2019 (Konvensyen Antarabangsa Pengurusan Kualiti) di Jepun,
  • APQOIC 2019 (Persidangan Antarabangsa Organisasi Kualiti Asia Pasifik) di Indonesia,
  • Anugerah Gangsa bagi Kategori Pengangkutan dan Pelancongan Putra Brands Awards 2019,
  • Anugerah Inisiatif Hijau SEDA 2019, APIC 2019 (Persidangan Produktiviti & Inovasi)
  • Anugerah MOB-EX di Singapura.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…