Ford baru-baru ini diberitakan telah mendaftarkan permohonan paten 'retractable tail pipe for vehicle exhaust system' di US dan Jerman yang membolehkan tip ekzos dilaras kedudukannya bagi menambahbaik sudut pelepasan.
Menurut keterangan, sistem ekzos ini mempunyai mekanisme tip ekzos yang boleh ditarik ke dalam bagi mengurangkan dimensi panjang, sekaligus menambah sudut pelepasan sesebuah kenderaan.
"Sudut pelepasan kebanyakan kenderaan off-road adalah jauh lebih kecil berbanding sudut mendatang. Disebabkan sudut pelepasan yang kecil, pemanduan off-road mampu mengakibatkan calar, hentakan atau lebih teruk perubahan bentuk pada tip ekzos.
"Ini mampu memberikan impak negatif terhadap cara pelanggan menilai keupayaan sebenar kenderaan tersebut.
Dengan adanya mekanisme yang bijak ini, Ford mampu meningkatkan keupayaan off-road kebanyakan model SUV dan trak pikap tanpa perlu melakukan perubahan terhadap rekaan asal.
Tiada sebarang petanda sistem ini bakal memasuki fasa produksi dalam masa terdekat.
Sumber: CarBuzz