Ford F-150 Lightning mampu cas kenderaan elektrik

oleh Mohamad Hanif|
Masalah kekurangan infrastruktur pengecasan ada kalanya membuatkan kita sebagai pengguna biasa gusar untuk beralih kepada kenderaan elektrik yang lebih mesra alam itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, itu semua bukan lagi masalah dengan adanya ciri pengecasan vehicle-to-vehicle (V2V) seperti yang ditunjukkan oleh Ford F-150 Lightning dan F-150 PowerBoost Hybrid menerusi ciri Pro Power Onboard.

Ciri yang disebutkan itu tadi bukan sahaja membuatkan trak pikap anda bertindak sebagai genset, akan tetapi ia boleh digunakan untuk mengecas kenderaan elektrik lain.
 

SAE


Dengan syarat, EV yang hendak dicas itu perlulah dilengkapi dengan port pengecasan standard SAE J1772 dan kabel penyambung Ford Mobile Power Cord dengan kepantasan pengecasan Tahap 2.

Dengan pengecasan V2V ini, jarak pemanduan yang boleh ditambah untuk setiap kenderaan adalah seperti berikut:

  • Ford Mustang Mach-E - 32 km per jam
  • Ford F-150 Lightning - 21 km per jam
  • Ford E-Transit - 16 km per jam

Berdasarkan penawaran di negara US, Ford menjual model F-150 PowerBoost Hybrid dengan opsyen Pro Power Onboard 7.2 kW, sementara model Lightning pula bakal mendapat versi 9.6 kW yang lebih pantas dalam masa terdekat.
 

EV


Sistem V2V ini bukan sahaja digunakan oleh Ford, malah ia juga telah pun muncul pada kenderaan elektrik lain seperti Hyundai Ioniq 5, Kia EV6, dan juga Genesis GV60.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Lihat sahaja pada model seperti Atto 3 dan Dolphin yang banyak melata di atas jalan pada ketika ini…
Berita Global
  Penurunan tersebut bukan kerana mahu melawan Tesla yang berlainan segmen (kecuali Cybertruck)…
Berita Global
Menurut perkongsian pemiliknya Jed melalui saluran YouTube miliknya, Jetters Garage, dia telah…