Menurut perkongsian pemiliknya Jed melalui saluran YouTube miliknya, Jetters Garage, dia telah menjual Ford F-150 Lightning Lariat atas empat sebab utama.
Pertama sekali, tentunya mengenai susut nilai, dimana ia merupakan perkara normal bagi apa-apa jenama sekalipun yang bukan dikeluarkan secara terhad.
Jed telah membeli Ford F-150 Lightning Lariat serba baharu itu dengan harga USD88,000 (RM402,820) tanpa cukai, dimana jangkaan kualiti dan nilai pada harga tersebut mestilah tinggi.

Jed telah membawa Ford F-150 Lightning Lariat yang masih baharu itu untuk dinilai oleh pembeli kereta terpakai tempatan, dimana mereka hanya menawarkan sebanyak USD68,000 (RM311,270) sahaja.
Dia kemudian kembali ke pengedar Ford yang menjual trak pikap itu, dan hanya ditawarkan sebanyak USD74,000 (RM338,735) sahaja.
Tidak berpuas hati dengan harga yang ditawarkan, Jed mengiklankan Ford F-150 Lightning Lariat itu secara atas talian dan menjualnya dengan harga USD80,000 (RM366,200) selepas dua minggu diiklankan.
Sebab kedua yang menjadi punca Jed menjual Ford F-150 Lightning Lariat miliknya ialah kesukaran perjalanan, terutama sekali jarak jauh, dimana dia menghadapi kesukaran untuk mengecas trak pikap EV itu.

Menurut Jed, apabila dia berjalan ke luar bandar, pengecas pantas amat sukar untuk dicari dan itu menjadikan perjalannya terganggu.
Sebab ketiga pula melibatkan perisian pada Ford F-150 Lightning Lariat, dimana ianya sukar untuk digunakan bersama aplikasi yang tidak direka khusus untuk ev.
Menurut Jed, antaramuka yang dipaparkan tidak mesra pengguna, walaupun Ford telah memberi kemaskini perisian versi Sync 4.
Akhir sekali, Jed memberitahu bahawa Ford telah menghubunginya untuk meletakknya di dalam satu kumpulan ujian untuk memberi maklum balas bagi model Ford F-150 Lightning Lariat, namun ianya tidak pernah berlaku.

Kesemua sebab itu menjadikan Jed antara pemilik dengan Ford F-150 Lightning Lariat untuk menjualnya dalam masa singkat.
Bagi menggantikan Ford F-150 Lightning Lariat itu, Jed kini sedang menunggu tempahan bagi satu lagi model trak pikap EV iaitu Chevrolet Silverado EV.
Tidak berputus asa dengan Ford, Jed menyatakan dia tetap akan membeli model dari Ford sekiranya mereka memperbaiki kekurangan pada model EV mereka.