Ford Mustang 2020 kena recall - masalah pendakap pedal brek

oleh Mohamad Hanif|
Ford memanggil kembali kira-kira 38,005 unit kereta sports Ford Mustang 2020 disebabkan unit pendakap pedal brek yang rosak ketika fasa pemasangan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut kata Ford, masalah ini berkemungkinan besar mengakibatkan pedal brek patah, atau dalam kes yang lebih teruk, brek tersentak.

Ford telah pun menghantar dokumen laporan kepada National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) pada 23 September yang lalu, dan kempen panggil semula ini hanya melibatkan unit Mustang yang dilengkapi dengan transmisi automatik sahaja.

Ford Mustang dengan transmisi manual dilaporkan terkecuali daripada kes ini.

 


Menurut laporan daripada NHTSA, masalah utama isu yang dibangkitkan ini adalah penukaran bahan yang digunakan pada komponen tersebut, di mana Ford mengubah bahan daripada nilon kepada polypropylene untuk Mustang AT.

Oleh sebab penggunaan bahan yang berbeza, kadar ketahanan komponen tersebut juga turut terkesan walaupun menggunakan reka bentuk yang sama.

Seperti yang disebutkan di atas, sebanyak 38,0055 unit Ford Mustang tahun pengeluaran 2020 terkesan dengan kempen panggil semula ini, namun setakat ini tiada sebarang kemalangan atau kecederaan dilaporkan berhubung isu tersebut.

Sumber: NHTSA

Berita Berkenaan

Berita Global
Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) memaklumkan, terdapat dalam 3,878…
Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…