Ford sahkan pemberhentian pembangunan model sedan untuk Amerika

oleh Mohamad Hanif|
Setelah melihat prestasi laporan jualan kereta Ford saban tahun, Ford kini memutuskan untuk memberhentikan pembangunan dan pengeluaran generasi terbaru bagi segmen kereta penumpang di Amerika.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaubagaimanapun, Ford bakal menumpukan perhatian kepada model yang laris seperti Ford Mustang dan model yang bakal memasuki pasaran Amerika, iaitu crossover Focus Active.
 


Menurut perancangan jangka panjang Ford, mereka mensasarkan lebih daripada 90 peratus pasaran kenderaan Amerika yang terdiri daripada trak pikap, SUV dan kenderaan komersil menjelang tahun 2020.

Sebagai satu strategi baharu, Ford juga mempertimbangkan untuk membangunkan versi hibrid untuk kenderaan seperti trak F-150, Mustang, Explorer, Escape dan model baharu Bronco. 

Pengumuman terbaharu daripada Ford ini hanya melibatkan pasaran Amerika sahaja, dan ia masih tidak diketahui bagaimana Ford bakal menyusun kembali pasaran kenderaan mereka di pasaran yang lain seperti Eropah dan Asia. 

Sumber: Autoblog

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun perancangan awalnya untuk melancarkan barisan model EV bermula pada tahun hadapan, namun,…
Berita Global
Walaubagaimanapun, sejak kebelakangan ini, jualan kenderaan hibrid petrol-elektrik di A.S. dilihat…
Model Terbaharu
MG3 generasi terbaharu ini membuat perubahan yang besar dengan menampilkan rangkaian kuasa hibrid…