FORMULA 1 - GUENTHER STEINER TINGGALKAN PASUKAN HAAS

oleh Firdaus Razani|
Bekas pengetua pasukan Formula One (F1) Haas, Guenther Steiner diumumkan meninggalkan pasukan tersebut serta merta selepas lapan tahun bersama pasukan tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Haas telah menyertai F1 sejak tahun 2016 di bawah pengendalian Guenther Steiner, tetapi dalam beberapa musim kebelakangan ini pasukan mempamerkan berprestasi yang kurang memberangsangkan.

Haas menamatkan saingan di tempat terakhir dalam Kejuaraan Pembina pada 2021 dengan Mick Schumacher dan Nikita Mazepin sebagai pemandu mereka.

 

haas

 

Pada tahun berikutnya, pasukan tersebut meningkat kepada tempat kelapan di carta Kejuaraan Pembina dan kembali ke tempat terakhir pada 2023 walaupun mempunyai pemandu berpengalaman iaitu Nico Hulkenberg dan Kevin Magnussen.

Jawatan pengetua pasukan sekarang disandang oleh Ayao Komatsu, yang telah dinaikkan pangkat daripada pengarah kejuruteraan kepada ketua pasukan menjelang musim baharu.

Menurut dari laporan Sky Sports News, difahamkan kontrak Steiner tidak diperbaharui selepas ia tamat pada penghujung 2023 dan berkata pasukan itu mempunyai visi berbeza mengenai masa depan.

 

haas

 

Steiner telah bekerja di F1 sejak 2001 sebagai pengarah urusan Jaguar dan juga pernah menjadi sebagai pengarah operasi teknikal pasukan Red Bull dari 2005.

Pada 2016, Haas yang diketuai oleh Steiner, menyertai F1 dan memberikan impak serta-merta apabila Romain Grosjean menamatkan perlumbaan di tempat keenam dalam perlumbaan pertama pasukan itu.

 

haas

 

Mereka menduduki tempat kelapan dalam Kejuaraan Pembina dalam dua musim pertama mereka dan kempen terbaik mereka datang pada 2018 di mana mereka menamatkan tahun itu di tempat kelima.

Walau bagaimanapun, sejak 2019, pasukan menunjukkan aksi yang agak kecewa dan lapan musim Steiner sebagai pengurus berakhir pada hari ini.

 

SUMBER : SkySports

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…
Berita Global
Kehebatan kejuruteraan pasukan itu tidak dapat dinafikan lagi dan kali ini Red Bull bakal…
Sukan Bermotor
Lebih mengejutkan, bintang F1 itu juga diumumkan akan bersama pasukan Scuderia Ferrari pada tahun…