Gambar intip: Generasi baharu Mitsubishi Triton dikesan di Sweden, guna platform baharu?

oleh Mohamad Hanif|
Generasi kelima Mitsubishi Triton telah pun dijual sejak dari tahun 2015 dengan membawakan rupa paras yang lembut, sebelum Mitsubishi membuat keputusan membawakan model facelift yang jauh lebih garang pada tahun 2019.

Sedar ataupun tidak, Triton generasi terkini sudah pun hampir mencapai penghujung hayat, dan sudah pasti penggantinya bakal diperkenalkan oleh Mitsubishi kelak.

Nun di Sweden, sebuah model ujian trak pikap yang dipercayai generasi baharu Triton dikesan sedang diuji di atas laluan bersalji.
 

Trition


Menurut laporan daripada Motor1, meskipun rekaan luaran adalah hampir sama macam Triton sedia ada, terdapat beberapa butiran kecil dikesan daripada model ujian tersebut, paling ketara adalah jarak antara roda (wheelbase) yang sedikit panjang dan hal ini boleh dilihat menerusi arka roda belakang di mana kedudukan roda diposisikan agak ke belakang.

Ini memberikan petanda bahawa Mitsubishi sedang beralih kepada penggunaan platform serba baharu.
 

Triton


Terdapat kemungkinan besar Triton dan Navara bakal disatukan menggunakan senibina yang sama sebagai langkah penjimatan yang dilaksanakan oleh pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi.

Walaupun menggunakan pelantar yang sama, Mitsubishi tetap akan menampilkan aspek penggayaan yang tersendiri terhadap trak pikap ini bagi membezakan Triton daripada Navara.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Mengutip info daripada Car 2Day, Nissan dilihat sedang menguji Serena generasi C28 walaupun model…
Berita Global
Ini kerana berdasarkan laporan daripada laman Drive di mana unit ujian SUV kecil dengan kehadiran…
Berita Global
Mitsubishi nampaknya sedang menguji generasi baharu trak pikap tersebut di mana unit ujian yang…