Gambar intip: Kia Carnival 2025 facelift tampil dengan muka EV9

oleh Mohamad Hanif|
Kia Carnival generasi baharu merupakan antara model minivan yang berjaya mencuri tumpuan ramai, disebabkan reka bentuknya yang moden dan menonjol.

Namun, versi facelift yang bakal dilancarkan tidak lama lagi mendefinisikan semula identiti berani Kia pada model Carnival tersebut.

Ini kerana, berdasarkan imej intip yang diperoleh daripada laman Instagram motorsjason, Kia Carnival facelift itu dilihat membawakan rupa paras hadapan yang diinspirasikan daripada Kia EV9 dan Kia Sorento.
 

Kia


Bahagian belakang Carnival juga mendapat kemaskini rupa baharu, di mana ia membawakan unit lampu berbentuk T yang dihubungkan dengan bar LED melintang di bahagian tersebut.

Besar kemungkinan lampu membelok juga masih kekal di bahagian bawah.

Antara desas-desus yang didengari setakat ini ialah Kia Carnival bakal mendapat nadi plug-in hybrid (PHEV) 1.6 liter yang wujud pada model Sorento.

Dengan trenkuasa ini, Kia Carnival PHEV mampu menjana kuasa setinggi 261 hp dan mampu bergerak sejauh 48 km tanpa setitik minyak.

 


Sumber: Instagram motorsjason

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kia Sales Malaysia, Hyung Ho Kim berkata pelancaran ini…
Berita Global
Ciri Baharu dan Peningkatan Dalaman Kia menambah baik pengalaman hiburan belakang dengan paparan…
Berita Global
  Peningkatan Ciri-ciri Standard dan Kemewahan Untuk Carnival 2026, varian Prestige kini…