Gangguan pada satelit Measat-3 masih disiasat

oleh HEZERI SAMSURI|
Siasatan rapi masih sedang dijalankan bersama Sistem Satelit Boeing (BSS) untuk memastikan punca utama gangguan yang dikesan pada satelit Measat-3 milik Measat Global Berhad (Measat).

Dalam siaran akhbar Measat hari ini, pihaknya telah memastikan perhubungan telemetri dan pusat kawalan masih berterusan sejak gangguan itu dilaporkan pada 21 Jun lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pusat Operasi Gabungan Angkasa Lepas (CSpOC) melalui Space-Track dilaporkan turut membantu untuk menjejak satelit Measat-3.

Kesemua transponder Measat-3 telah ditutup untuk memastikan ia tidak menggangu operasi satelit-satelit lain.

Measat berkata kesemua perkhidmatan menggunakan Measat-3 untuk pelanggannya telah dimuat-naik ke satelit-satelit Measat yang lain dan satelit-satelit milik syarikat lain yang turut memberikan perkhidmatan di wilayah yang sama.

Measat ialah pembekal komunikasi premium dan perkhidmatan video untuk penyiar-penyiar, platform Direct-to-home (DTH) dan operator telekomunikasi.

 

 

Measat memberikan perkhidmatan kepada lebih dari 150 negara yang mewakili 80 peratus penduduk global di kawasan Asia, Timur Tengah, Afrika, Eropah dan Australia.

Satelit Measat-3 dilancarkan ke orbitnya pada 13 Disember 2006 menggunakan roket Proton Breeze M milik International Launch Services (ILS).

Satelit model 601HP yang dibina oleh BSS dan ia adalah satu dari enam satelit yang beroperasi di bawah MEASAT.

MEASAT Global Berhad ditubuhkan dalam tahun 2003 selepas syarikat asalnya, Malayan Tobacco Company membeli kesemua saham Measat Satellite Systems dari Binariang Satellite Systems.

Di bawah ialah pengurusan tinggi Measat sekarang.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Satelit seberat 1,360 kilogram  itu beroperasi sejak lima tahun lalu, namun kehabisan bahan api dan…
Berita Global
Satelit itu berjaya dilancarkan ke orbit oleh roket SpaceX Falcon 9 dari Cape Canaveral, Florida,…
Informasi
ERBS yang dilancarkan ke orbit terendah bumi pada 5 Oktober 1984 bagi mengukur kadar tenaga radiasi…