Satelit ‘mati’ dijangka terhempas ke bumi

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari BBC
Sebuah satelit yang tidak lagi beroperasi dijadualkan jatuh ke Bumi dalam satu gerakan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini, lapor akhbar Metro UK pada Jumaat.

Satelit Aeolus milik Agensi Angkasa Eropah (ESA) itu dilancarkan pada 2018, bertujuan untuk mengukur angin Bumi dari angkasa lepas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Satelit seberat 1,360 kilogram  itu beroperasi sejak lima tahun lalu, namun kehabisan bahan api dan akan pulang ke Bumi minggu ini.

Projek itu dirancang sebelum sebarang peraturan mengenai pelupusan ‘akhir hayat’ satelit dilaksanakan, maka ia direka bentuk untuk memasuki ruang atmosfera Bumi secara semula jadi.

Bagi memastikan Aeolus  tidak mendatangkan bahaya kepada manusia atau harta benda, ESA merancang untuk ‘membimbing’ satelit itu melalui laluan terkawal ke atmosfera semalam.

Operasi mengawal kemasukan semula satelit itu ke atmosfera Bumi dimulakan apabila ia berada pada ketinggian kira-kira 149 kilometer dari tanah. 

Baki bahan api pada satelit itu akan digunakan untuk mengemudinya ke arah penurunan terkawal.

Setakat Jumaat, keempat-empat gerakan kemasukan semula berjaya dilaksanakan dan Aeolus sudah melepasi bahagian atas atmosfera Bumi yang memiliki udara lebih padat. 

Aeolus kini berada pada ketinggian bawah 160 kilometer. Ia dijangka terhempas di  kawasan terpencil di Lautan Atlantik.

 

Agensi

Berita Berkenaan

Berita Global
Satelit itu berjaya dilancarkan ke orbit oleh roket SpaceX Falcon 9 dari Cape Canaveral, Florida,…
Informasi
ERBS yang dilancarkan ke orbit terendah bumi pada 5 Oktober 1984 bagi mengukur kadar tenaga radiasi…
Berita Domestik
Selain dari Dr Zulkifli, perisian sistem itu akan dibangunkan oleh Asri Ismail dari Software Wizard…