Lima buah motosikal, lima orang customiser dan lima jenis konsep - itu yang dibawakan oleh acara #GAYAKAMI oleh Boon Siew Honda dan buat pertama kalinya kelima-lima motosikal itu dipertontonkan ke awam semasa acara Art of Speed 2017 di MAEPS, Serdang.
Tiga buah Honda MSX dan dua buah Honda EX5 telah dijadikan model-model custom dan direka oleh Legend Racing Garage, District Shop and Gallery, CLM Custom Works, BWB dan ShawSeelan Creation.
Jangan lupa, saksikan kelima-lima model itu di Art of Speed yang berlansgung hari ini dan esok.
Untuk mereka di Johor Bahru, #GAYAKAMI akan turun ke sana pada 4 dan 5 Ogos nanti. Info lanjut akan dikongsi kelak.