Geely Boyue Asian Games Edition tampil dengan gril infinite weave, dan talaan Lotus!

oleh Mohamad Hanif|
Sukan Asean yang ke-19 bakal berlangsung di Hangzhou pada tahun hadapan, dan buat mereka yang tidak tahu, salah satu daripada penaja sukan tersebut adalah Geely Auto.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bersempena dengan itu, Geely baru-baru ini melancarkan model Boyue (kembar X70) yang dinamakan sebagai Boyue Asian Games Edition yang menggunakan asas daripada model Boyue biasa, bukan model facelift Boyue Pro.

Dari segi luaran, Geely Boyue Asian Games Edition ini menampilkan rekaan jeriji infinite weave yang biasa kita lihat pada model-model Proton tempatan, sebelum diakhiri dengan aksen berwarna merah pada bahagian tersebut diikuti pada perumah lampu kabus, dan skirt sisi.

 


Ciri standard yang dimuatkan termasuklah skrin infotainmen 10.25 inci dikuasakan oleh GKUI, tempat duduk berkuasa, bumbung panorama, kawalan iklim dua zon, penapis udara kabin N95 serta kluster instrumen digital.

Selain daripada penampilan yang lebih sporti, lebih mengejutkan apabila kembar X70 itu dikatakan mendapat input talaan daripada Lotus!

 


Perubahan besar turut dibuat terhadap casis di mana subrangka belakang dikatakan 25 peratus lebih ringan, dan 20 peratus lebih tegar, dan ia turut menyumbang kepada pengendalian yang lebih baik, serta prestasi atas jalan off-road.

Sama seperti X70, Geely Boyue Asian Games Edition mendapat enjin 1.8 liter turbo yang menghasilkan 181 hp dan 300 Nm daya kilas, serta pilihan transmisi manual enam kelajuan atau DCT tujuh kelajuan.

 


Harga jualan bermula dari 91,800 yuan (RM58,064).

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Imej yang dikesan di China ini mengesahkan bahawa Geely sedang menguji trak pikap berkuasa elektrik…
Berita Global
Berdasarkan statistik kereta paling laris terjual oleh CarIndustryAnalysis, Toyota Corolla…
Berita Domestik
Malah Geely sendiri membawa masuk tenaga profesional dari China kerana tidak begitu mempercayai…