Geely sudah akur kekuatan Proton - X70 CKD bakal terima sentuhan Proton Ride & Handling

oleh HEZERI SAMSURI|

Geely, pemegang saham kedua terbesar syarikat Proton yang juga menjalankan operasi pengurusan jenama tempatan tersebut sudah mula mengakui secara perlahan-lahan akan kemahiran milik kakitangan tempatan.

Pada awal Geely mula mengambil-alih Proton, mereka dikatakan kurang mendengar pendapat pekerja-pekerja tempatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Malah Geely sendiri membawa masuk tenaga profesional dari China kerana tidak begitu mempercayai kakitangan lama Proton.

Laporan dari sumber dalaman juga memberitahu hampir kesemua jabatan dan seksyen diketuai oleh kakitangan yang dibawa masuk oleh Geely, walaupun ada yang terlalu muda dan ia tidak disenangi oleh kakitangan tempatan.

Namun begitu, perubahan positif sudah mula kelihatan kerana Geely menggunakan kuasanya sebagai salah satu pembuat kenderaan terbesar di China untuk mengarahkan vendor-vendor Proton supaya memberikan komponen dengan kualiti dan harga yang lebih baik.

Perubahan itu mula dirasakan dengan perubahan strategi pemasaran dan penjualan Proton yang dilihat sebagai lebih berdaya saing.

Berita terkini yang diterima oleh Careta pula ialah Geely mula memberi perhatian terhadap kebolehan pakar-pakar Ride & Handling di Proton.

Jurutera-jurutera dari Geely mengakui gaya pemanduan di Malaysia sangat berbeza dari di China dan talaan sistem gantungan dan pengendalian mereka tidak sesuai untuk pasaran domestik negara.

Oleh itu, Geely dilaporkan bersetuju untuk membenarkan Proton menala sistem gantungan untuk SUV popular mereka, Boyue atau X70 yang bakal dipasang di dalam negara dalam tempoh terdekat ini.

Hasil pandu uji Careta sendiri mendapati X70 tidak mempunyai ciri-ciri Proton dari segi pengendalian kerana ia terlalu lembut dan mudah beroleng.

Careta juga diberitahu oleh sumber dalaman bahawa Geely sudah mula membawa pasukan R&D untuk jenama global mereka, Lynk & Co untuk ke Malaysia bagi membenarkan pasukan Ride & Handling Proton melihat dan membantu talaan sistem gantungan produk-produk antarabangsa tersebut.

Walaupun Proton mempunyai banyak kekurangan terutama dari segi pengurusan, pengalaman yang dimiliki oleh kakitangan teknikal Proton selama berpuluh tahun membina produk sendiri mula menampakan hasilnya dan diharapkan ini akan membuka mata Geely untuk menyegerakan kemasukan Proton di dalam proses R&D Geely untuk projek-projek global.

Ini penting kerana Geely sepatutnya menggunakan kemahiran R&D tempatan sekiranya mereka mahu memasuki pasaran-pasaran asing dengan produk Geely yang dijenamakan sebagai Proton. Dengan cara ini, ia memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk masuk ke arena automotif global.

Proton, di bawah pengurusan baharu, turut menarik perhatian pembeli bukan kaum Melayu dan ini ialah satu perkembangan yang positif jika mereka hendak mencapai kadar jualan yang tinggi dengan produk yang lebih modern.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pembukaan pusat R&D PROTON (China) di Institut Penyelidikan Automobil Geely (GRI) di Teluk…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…