Geely Emgrand 2021 - sedan dari platform X50, harga dari RM56k di China

oleh Mohamad Hanif|
Geely secara rasmi melancarkan sedan generasi keempat Emgrand menerusi acara Chengdu Auto Show di China, baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun Geely Emgrand 2021 dibangunkan atas pelantar modular BMA (sama seperti model X50), namun dari segi dimensi ia sebenarnya jauh lebih panjang berbanding model segmen B, malah mampu menyaingi sedan segmen C yang lain!

Ini kerana ia membawakan ukuran panjang 4,638 mm, lebar 1,820 mm dan tinggi 1,460 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,650 mm.

Ukuran ini menjadikan Geely Emgrand jauh lebih panjang berbanding Persona 2021 (4,387mm), City 2021 (4,553 mm), Preve (4,543 mm), namun sedikit pendek berbanding Civic 2022 (4,674 mm).
 

Geely


Antara kelebihan penggunaan platform BMA ini adalah penawaran ruang kabin dan kargo yang lebih luas, NVH serta pengendalian yang lebih baik.

Sistem pemberhentian pula dibantu dengan ciri ESP Bosch 9.3 yang dikatakan mampu menawarkan jarak pemberhentian 100-0 km/j terbaik di dalam kelasnya, hanya di bawah 36 meter sahaja.

Dari segi rekaan luaran, Geely Emgrand 2021 membawakan reka bentuk tiga kotak yang konservatif, rekaan lampu LED depan dan belakang, garis bahu yang menonjol, serta binaan spoiler belakang terbina siap.

Menurut Geely, Emgrand baharu ini mempunyai titik graviti yang rendah, dan dalam masa yang sama menawarkan kadar pekali seretan yang sangat impresif, 0.27 Cd.
 

Geely


Rekaan ruang kabin pula mengingatkan kita kepada reka bentu yang didatangkan pada Civic generasi baharu disebabkan susun atur segala kelengkapan serta rekaan corong pendingin hawa yang memanjang.

Untuk pasaran China, Geely Emgrand didatangkan dengan skrin kluster digital 12.3 inci, skrin tengah bersaiz 10.25 inci, sokongan kemaskini over-the-air, serta sokongan arahan berasaskan suara, sistem kamera keliling, serta peranti perakam pemanduan untuk varian yang lebih tinggi.

Dari segi kuasa, Geely menawarkan enjin 1.5 liter binaan aluminium yang mampu menghasilkan 113 kuasa kuda dan 147 Nm, dipadankan dengan transmisi manual lima kelajuan atau transmisi CVT dengan lapan kelajuan maya.

Harga jualan Geely Emgrand 2021 bermula dari 87,000 yuan hingga 92,000 yuan (RM55,903-RM59,116).

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ini menjadikan Proton S70 sebagai model keempat Proton yang wujud sejak kerjasama terjalin dengan…
Berita Domestik
Penganalisis RHB Research, Syahril Hanafiah menjelaskan sebanyak 28 unit sedan Proton (kod nama…
Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr Li Chunrong dalam satu acara yang…