Geely New Energy Commercial Vehicle lancar dua bas sifar emisi

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebuah jenama subsidiari di bawah Geely New Energy Commercial Vehicle Group (GCV), Yuan Cheng melancarkan dua buah bas sifar emisi dalam satu acara di Beijing, C11 (elektrik) dan F12 (sel bahan api hidrogen).

Menggunakan kepakaran Geely Holding Group di dalam rekaan, R&D dan pengurusan rantaian bekalan, GCV mampu membangunkan bas C11 yang tampil dengan teknologi bahan ultra-ringan dan ciri keselamatan termaju yang sesuai untuk kegunaan urban. 
 


C11 merupakan bas berkuasa elektrik sepenuh masa yang dibina untuk pelbagai kegunaan seperti bas antara bandar, pelancongan serta pengangkutan awam. 

Ciri-ciri seperti amaran keluar laluan, brek kecemasan automatik, dan sistem pengurusan pemanduan yang ada pada model kereta penumpang Geely turut dipasang pada bas C11 ini. 

Manakala sistem kawalan tenaga pintar (Intelligent Energy Control System) mampu meningkatkan keberkesanan penggunaan tenaga sehingga 16%. 

 


Manakala F12 merupakan kenderaan komersil pertama Geely yang menggunakan teknologi sel bahan api dan mampu bergerak sejauh 500 km setelah pengisian bahan api selama 10 minit. 

Teknologi sel bahan api yang terdapat pada F12 dibangunkan oleh GCV sebagai respons kepada polisi tenaga baharu China dan sebahagian daripada usaha penyelidikan R&D Geely terhadap teknologi tersebut. 

Tambahan kepada teknologi sel bahan api yang rendah penggunaan tenaga dan sifar emisi, Geely tidak pernah mengabaikan aspek rekaan, keselesaan dan fungsi pintar pada bas F12 ini. 
 


Terdapat dalam versi 10.5 meter dan 12 meter panjang, bas F12 mampu memberikan perjalanan yang lebih selesa dan pelbagai ciri pintar seperti pengawasan mudah alih dalam masa nyata, amaran keadaan jalan, diagnosis mudah alih dan pelbagai ciri yang memudahkan pengurusan fleet bas. 

Barisan kenderaan komersil Geely diproduksikan di dua fasiliti pemasangan di Nanchong, Sichuan dan Jinzhong, Shanxi bagi memenuhi keperluan semasa untuk wilayah Utara dan Selatan China. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Paris contohnya akan mengharamkan kenderaan komersil berenjin menjelang 2024 dan sebagai dorongan,…
Hezeri Samsuri
Netizen di Malaysia juga nampaknya sekali lagi bangkit dan marah di atas kejadian tersebut dan…
Berita Global
Jika dibandingkan dengan trak biasa, anda akan dapat melihat perbezaan yang ketara di mana cermin…