Generasi keenam Chevrolet Camaro bakal ditamatkan

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Selepas sembilan tahun dengan pelbagai jenis model dan ratusan ribu unit dijual, produksi Chevrolet Camaro generasi keenam dilapor akan dihentikan pada penghujung tahun model 2024.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Chevrolet, edisi terakhir Camaro generasi keenam akan keluar dari barisan pemasangan di Kilang Lansing Grand River, Michigan pada Januari 2024.

 

2

 

Generasi terkini Camaro ditawarkan dengan pilihan coupe dan soft-top convertible, bersama varian Camaro SS dan Camaro ZL1 yang memfokuskan pada prestasi di litar standard bersama Magnetic Ride Control.

Varian Camaro ZL1 1LE yang merupakan jentera trek jalanan terunggul dikuasakan enjin V8 6.2 liter supercharged mampu menghasilkan 650 HP dan 650 Nm, serta merupakan Camaro terpantas di litar ujian Milford Road Course GM.

 

3

 

Untuk mengucapkan selamat tinggal kepada nama ikonik itu, Chevrolet bakal memperkenalkan tambahan pakej Collector’s Edition pada 2024 untuk Camaro RS dan SS, serta bilangan terhad varian ZL1 yang terdapat di Amerika Utara.

Collector’s Edition merupakan penghormatan kepada Camaro, bagi menimbulkan semula hubungan yang bermula sejak pembangunan Camaro generasi pertama pada tahun 1960-an, terutamanya nama kod awal program: Panther.

 

3

 

Maklumat lanjut mengenai barisan Camaro 2024 dan pakej Collector’s Edition akan diumumkan sebelum permulaan pesanan pada musim panas di US tahun ini.

Chevrolet turut menghasilkan sebuah video bertajuk "Thanks, Six" bagi memberikan penghormatan kepada generasi keenam yang telah berada selama sembilan tahun di pasaran.

 

 

Sumber: Chevrolet

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, unit terakhir Camaro merupakan sebuah unit ZL1 1LE (gambar utama) yang dipadankan…
Berita Global
Baru-baru ini, syarikat penala dari Jepun iaitu Gibson telah menghasilkan satu lagi kit badan untuk…
Berita Global
Pujian harus diberikan kepada pemilik tersebut di mana sekali imbas mungkin sekali akan kita akan…