Geng Y-Suku tumpas! Polis berjaya tahan kumpulan samun

oleh SALINA JALIL|
Polis berjaya menumpaskan Geng Y-Suku susulan penahanan enam individu termasuk dua wanita di beberapa lokasi di negeri ini antara 2 dan 3 Ogos lalu.


Semua suspek yang berusia antara 23 hingga 29 tahun itu, masing-masing ditahan di Permatang Badak dan Indera Mahkota, di Kuantan pada 2 Ogos dan di sebuah hotel bajet di Bandar Jengka, Maran, 3 Ogos.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, berkata dengan tumpasnya kumpulan itu, polis berjaya menyelesaikan 11 kes samun dan ragut, lima kes cubaan samun dan empat kes mencuri motosikal yang berlaku di daerah ini sejak bulan lalu.

 

Mohamad Noor Yusof berkata, pihaknya menerima empat laporan kes samun yang berlaku dalam tempoh 30 minit pada 12.15 hingga 12.45 tengah hari pada 2 Ogos lalu membabitkan kerugian RM7,500.

 

"Bertindak atas maklumat pada hari sama, dua lelaki ditahan di tepi jalan Permatang Badak pada 9.30 malam dan disusuli penahanan dua lagi suspek di Indera Mahkota.

 

"Pada 1.30 petang 3 Ogos lalu, dua suspek ditahan di Bandar Jengka dan antara yang dirampas sebuah kereta, dua motosikal, lima unit topi keledar dan barang kemas," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.

 

Beliau berkata, semua suspek yang tidak memiliki pekerjaan tetap itu berasal dari luar Pahang dan lima daripada mereka mempunyai rekod lampau dalam kes jenayah dan narkotik.

 

Selain itu dua daripadanya juga adalah orang pengawasan polis di daerah Kuantan.

 

"Semua suspek direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah sehingga esok untuk siasatan lanjut," katanya.

 

 

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seorang suspek…
Berita Domestik
  Astro Awani melaporkan bahawa Nur Sophia Jesmine Hasmin, berusia 25 tahun, sepatutnya menaiki…
Berita Domestik
  "Modus operandi suspek ialah melakukan samun secara bersendirian dengan bersenjatakan sebilah…