Menurut laporan Reuters, model pertama yang akan menggunapakai sistem infohibur serba baharu itu ialah Chevrolet Blazer EV 2024.
Sistem infohibur serba baharu itu dibangunkan secara dalaman dengan bantuan Google yang boleh mengintegrasikan fungsi kenderaan seperti sistem navigasi dan sistem bantuan pemandu Super Cruise.

Pengarah pengalaman kokpit digital GM, Mike Hichme berkata, "kami mempunyai banyak ciri bantuan pemandu baharu yang akan dipadankan dengan sistem navigasi. Kami tidak mahu menghasilkan ciri yang terlalu bergantung kepada orang yang memiliki telefon pintar.
Selain itu, GM juga sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan fungsi langganan pada kereta-kereta akan datang, di mana mereka percaya terdapat peluang untuk meraih pendapatan tambahan menerusi pengenalan ciri tersebut.
Bagi kereta GM yang sudah dilengkapi dengan fungsi sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, pemilik boleh terus menggunakan fungsi tersebut tanpa sebarang masalah. Malah, fungsi tersebut akan terus ditawarkan pada mana-mana model baharu berkuasa petrol.

Namun begitu, GM merancang untuk menghentikan penjualan kereta berenjin pada tahun 2023.
Sumber: Reuters